Monday 26 September 2016

Rooibos Tea dapat Hindar Eczema dan Penyakit Kulit

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana berikan hari yang hebat, bersama suami dan anak-anak yang hebat.

Pernah dengar tak rooibos tea? Ke pertama kali dengar..hehe. Bunyi nak sebut rooibos tea ni, ada yang sebut ‘robois tea’ atau ‘rubos tea’. Kalau tak tahu, takpe..banyak bende boleh tahu sekelip mata aje dengan klik kat tepon canggih tu.

 Mira selalu amalkan mandian teh rooibos sekerap 2 kali seminggu untuk anak-anak kecik Mira. Ini untuk kulit. Sebab diorang ni memang selalu dapat nappy rash. Silap sikit, atau lambat sikit tukar diaper diorang, terus rashes. Bukan sehari dua nappy rash tu kat situ..lama sangat. Selalunya sapu krim tapi bertahan sekejap aje. Esok dia flare up semula. Kesian.
Salah satu contoh krim yang ada steroid

Kalau nak sapu krim-krim anti steroid memang tak la... steroid cream memang cepat baik, tapi side effect dia in long term tak bagus. Apatah lagi baby, lagi lah tak digalakkan. Sebab sifat steroid menipiskan kulit. Kalau nak kena guna steroid cream pun, sapu sikit-sikit aje. Sekali dah cukup. Tapi jangan terkejut rashes tu cepat kering. Esoknya flare up lagi teruk. Kadang-kadang 2 minggu hingga sebulan barulah rashes tu baik.. Meruntun hati ibu ni bila tengok diorang dalam
Kalau kes yang sangat teruk, perlu
makan ubat yang mengandungi steroid
keadaan tak selesa.

Kalau pergi klinik pun dokter tak kasi sapu krim steroid lebih dari 2 hari. Macamana lah krim steroid tu bertindak dalam sel-sel badan kita ni ek. Ada kes sampai kulit baby merekah-rekah sebab kesan steroid. So, bukan nak bongkak, tapi seboleh-bolehnya, Mira nak ELAK steroid dari baby Mira. Ok back to rooibos tea. Lepas mandikan dengan teh ini, anak-anak Mira aknn rasa lebih lega. Kenapa..memang rooibos tea ada bahan semulajadi yang menenangkan. Selalunya Mira akan biar diorang berendam lama-lama, biar air teh tu terserap sikit kat kulit.. Diorang pulak memang sonok la. Kalau tak, harap aje lah mama nak bagi berendam lama-lama. Takde punye.

Selalunya lepas mandi ni, diorang akan tido... Yeay! lega sikit mama nak buat kerja and blogging. Yippie..

Budak-budak ni kalau tengah rashes, memang selalunya Mira akan mandikan dengan rooibos 2 kali sehari. Rooibos tu biar pekat sikit. Lepas mandi jangan bilas. Lepas tu kalau budak-budak ni nak tukar nappy, kencing ke berak ke..Mira akan basuh dengan air paip aje (sebab takde water heater dan mak ni malaih nak pi jerang air suam..hehe). Lepas basuh bersih-bersih, bilas plak ngan rooibos tea.
Yang ni rooibos yang Mira
beli dulu2. Organik.
Memang buat mandi aje.

Kalau tub ni besar,
mama pun terjun sekali eh..

So, memang kene standby rooibos tea dalam bilik air. Biar aje teh tu terendam dalam bekas. Nanti kalau nak guna senang, curah kan aje kat badan anak. Teh rooibos ni yang bestnya, susah nak basi..haa..so tak payah nak pi letak kat dalam peti ais pun takpe. Letak aje dalam bilik air. Esoknya gantikan dengan yang baru..senang kan.

Kalau dulu time Mira kerja, Mira tinggalkan kat anak Mira kat rumah pengasuh. Syukur Alhamdulillah, pengasuhnya jaga anak Mira dengan baik sekali. Nasib baik la dia tak marah, Mira ni cerewet dengan jagaan bayi. Nak rooibos tea la, garam EPSOM la, sapu minyak zaitun la..macam-macam yang natural based product..diikutkan aje..hehe. Susah tau nak dapat pengasuh macam ni. Ye lah kadang-kadang pengasuh ada ego dia sendiri.

Dia akan jaga anak kita macamana dia jaga anak dia. So kalau ada pantang-syarat dia tak berapa setuju nak ikut, terpaksa lah kita redho.. Jadi, mak-mak..kalau dah dapat pengasuh yang baik, tak cerewet, boleh ikut rentak kita..syukur lah sesangat.

Mandian rooibos ni bila dibuat setiap hari, kesannya, nappy rash akan kering lebih kurang dalam 3-4 hari. Buat pekat sikit untuk hasil yang lebih baik. Kalau buat selalu lama-lama boleh hilang parut.

Kalau gatal-gatal kat tempat lain contohnya macam kat leher, celah pelipat kaki dan lengan, Mira akan guna Herbal Blend Cream.
Tengok! Dah lunyai tiub krim ni.
Memang anak-anak Mira suka
 pakai dan sapu. Kadang buat
main tu yang tak tahan tuh.

Krim ni memang best. Kalau nak bagi anak-anak pakai tak payah risau sebab takde chemical dan kalau anak-anak masuk tangan dalam mulut lepas kusapu krim ni pun...ku tak kisah.. Mira lak memang suka sapu kat tangan buat macam losyen. Kadang-kadang suka sapu kat belakang leher, urut pelan-pelan, hilang lenguh. Bau dia pun..thorbaekk.. nyaman aje rasa. hihi. Eh, kita dah tersimpang dari rooibos tea nih..hehe.

So..back to rooibos tea. Kenapa boleh jatuh cinta dengan rooibos tea ni? Rooibos tea ni sebenarnya berasal dari tanah Afrika Selatan. Dah lama dah orang Afrika dok guna, kita aje yang tak berapa tahu atau ambik tahu fungsi rooibos tea ni...hehe. Zaman tok nenek lagi rooibos tea digunakan untuk pelbagai tujuan. Rooibos adalah Antioksidan Unggul

Antara kelebihan utama Rooibos Tea adalah sebagai antioksidan dalam badan. Rooibos tea sangat kaya dengan flavonoids, polifenol, zink dan vitamin D.



Ape pulak laaaa flavonoids tu?

Flavonoids adalah elemen dalam buah-buahan, sayur-sayuran. Flavonoids kaya dengan khasiatnya sebagai antioksidan dan anti-inflamatory. Ia juga memainkan peranan yang sangat penting dalam imunisasi badan.

Apa Kebaikan Rooibos Tea?

Bila ada pelbagai mineral yang baik dan juga menjadi antioksidan dalam badan, so banyak lah manfaatnya yang lain seperti:

Bebas kafein

Teh ini hidup secara semulajadi. Jadi ianya bebas kafein dan sesuai bagi peminum teh tegar. Cuma rasanya pelik sikit lah, tak macam teh o biasa yang kita dok minum tu.

Anti penyakit eczema yang kronik

Disebabkan rooibos tea mempunyai polifenol iaitu bahan dalam teh tersebut yang bersifat ‘anti-inflamatory’ dan anti-mutagenik. Jadi ianya dapat menghalang eczema dan penyakit-penyakit kulit yang kronik. Ada kajian yang kata ianya adalah anti-kanser.

Dapat melambatkan penuaan

Antioksidannya yang sangat unik dapat membina sel-sel baru dan melambatkan kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kulit berkedut sebelum usia.

Mencantik dan memuluskan kulit

Teh ni banyak sangat antioksidan, jadi ia boleh mencantikkan kulit. Kalau dok biasa sapu2 kat kulit aje. kesannya kulit tang tempat sapu tu aje lah kan. Tapi kalau minum..haa, efek dia kan satu badan. Best kan..kann..

Mengelakkan stress dan insomnia

Apabila minum rooibos tea, magnesium yang dilepaskan kedalam salur darah dan memberi kesan ‘soothing effect’ atau ‘menenangkan’ sel-sel dalam badan. Sebab itu rooibos tea ni, boleh merawat masalah tak boleh tidur atau insomnia.

HB (Hemoglobin) yang bagus

Selalunya wanita yang mengandung mengalami masalah kandungan HB yang rendah. Selain daripada bahan berdaging seperti hati ayam, hati lembu dan kerang, rooibos tea membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih efektif. Pengambilan rooibos tea secara konsisten dapat memantapkan paras HB dalam darah semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.

Tekanan darah normal dan kurang kolestrol

Tak macam teh yang lain yang mempunyai kafein yang menarik banyak zat mineral dalam tubuh, pengambilan yang konsisten boleh menyingkirkan kolestrol dalam darah sekaligus memperbaiki tekanan darah menjadi normal.



Menghilangkan kembung perut, kejang perut dan cirit-birit

Flavonoids dalam teh ini boleh menghilangkan kerengsaan perut akibat dari angin dan masalah pencernaan.

  


CINCH TEA

So kalau nak mudah, jom minum aje Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Ha.. ape tu? Cinch Tea ni adalah salah satu minuman energy booster keluaran Shaklee. Macam biasa..tagline Shaklee adalah: Selamat, Semulajadi dan Berkesan. Banyak kebaikan rooibos tea yang Mira share tadi. Tapi dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni ada banyak zat mineral yang lain seperti:



1.      Serbuk Teh Hijau Matcha
2.     Ekstrak Teh Merah
3.  Ekstrak Teh Hijau Muda

Kalau minum Cinch Energy Tea Mix Shaklee fapat extra bonus tau...

  • Ketika badan letih akibat terlalu banyak aktiviti, relaks sekejap dan minum Cinch Tea dapat membuatkan badan terasa lebih nyaman dan kemudian akan lebih bertenaga.


  • Cinch Tea ni dia ada banyak antioksidan. Semua gabungan elemen yang menstabilkan hormon akan membuatkan perasaan kita lebih tenang.


  • Bagi sesiapa yang nak menguruskan badan, elok lah mengambil Cinch Tea ni bersama dengan Herb-Lax dan Peppermint-Ginger Plus.


  • Begitu juga bagi sesiapa yang nak detox boleh menggunakan set detox yang juga mempunyai Cinch Tea Mix ni.


 Cara bancuh Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni senang je.
Meh Mira nak share. Nyum! nyum!


  • Koyak sachet dan masukkan Cinch Energy Tea Mix Shaklee dalam segelas air panas atau air sejuk. Nak letak beberapa ketul ais batu pun takpe.

  • Cinch Tea tak akan rasa macam teh o biasa. Rasanya special sikit. Untuk rasa yg lebih enak, tambah sehelai stevia atau madu asli. Tidak digalakkan campur dengan gula putih. Kalau dah takde madu atau stevia boleh campur gula perang atau gula melaka.

  • Boleh jugak tambah masukkan potongan lemon (pastikan jangan dibuang kulit, kerana kulit lemon bersifat alkali). Tidak digalakkan menggunakan limau nipis atau limau kasturi.

Dalam sekotak Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni ada 28 sachet. So kalau pegi mana-mana tu boleh la bawak kat dalam beg 1 atau 2 Cinch Tea tu. Bila pegi shopping ke, jalan-jalan dengan family ke..terasa penat sikit, relaks dulu, minum Cinch Tea..haaa gitew. HeheSo..ape lagi..Jom bertenaga..jom tenang..jom detox..jom kurus...JOM ber Cinch Tea!!


Supprise bagi penggemar chocolate dan coffee !!!. Cinch mix ada perisa kopi latte dan chocolate tau. Jom pakat order dengan Mira..lekaih!

Kalau nak Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni boleh Whatsapp Mira di 019-2821775.

#PengedarShakleeSijangkang
#PengedarShakleeBukitTinggi
#PengedarShakleeKlang


 

Rooibos Tea dapat Hindar Eczema dan Penyakit Kulit

Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana berikan hari yang hebat, bersama suami dan anak-anak yang hebat.

Pernah dengar tak rooibos tea? Ke pertama kali dengar..hehe. Bunyi nak sebut rooibos tea ni, ada yang sebut ‘robois tea’ atau ‘rubos tea’. Kalau tak tahu, takpe..banyak bende boleh tahu sekelip mata aje dengan klik kat tepon canggih tu.

 Mira selalu amalkan mandian teh rooibos sekerap 2 kali seminggu untuk anak-anak kecik Mira. Ini untuk kulit. Sebab diorang ni memang selalu dapat nappy rash. Silap sikit, atau lambat sikit tukar diaper diorang, terus rashes. Bukan sehari dua nappy rash tu kat situ..lama sangat. Selalunya sapu krim tapi bertahan sekejap aje. Esok dia flare up semula. Kesian.
Salah satu contoh krim yang ada steroid


Kalau nak sapu krim-krim steroid memang tak la... steroid cream memang cepat baik, tapi side effect dia in long term tak bagus. Apatah lagi baby, lagi lah tak digalakkan. Sebab sifat steroid menipiskan kulit.


Kalau nak kena guna steroid cream pun, sapu sikit-sikit aje. Sekali dah cukup. Jangan terlebih kagum. Rashes tu  memang cepat kering. Tapi esoknya flare up lagi teruk. Kadang-kadang 2 minggu hingga sebulan barulah rashes tu baik.. Meruntun hati ibu ni bila tengok diorang dalam
Kalau kes yang sangat teruk, perlu
makan ubat yang mengandungi steroid
keadaan tak selesa.


Kalau pergi klinik pun dokter tak kasi sapu krim steroid lebih dari 2 hari. Terfikir tak? Macamana krim steroid tu bertindak dalam sel-sel badan kita ni. 

Ada kes sampai kulit baby merekah-rekah sebab kesan steroid. So, Mira bukan nak bongkak tak nak guna steroid, tapi seboleh-bolehnya, Mira nak ELAK STEROID dari anak-anak Mira.


Ok back to rooibos tea. Lepas mandikan dengan teh ini, anak-anak Mira akan rasa lebih lega. Takde tergaru-gatu lagi untuk sementara. Kenapa? Sebab rooibos tea ada bahan semulajadi yang menenangkan. Selalunya Mira akan biar diorang berendam lama-lama, biar air teh tu terserap sikit kat kulit.. Diorang pulak memang sonok la. Kalau tak, harap aje lah mama nak bagi berendam lama-lama. Takde can punye.


Selalunya lepas mandi ni, diorang akan tido... Yeay! lega sikit mama nak buat kerja and blogging. Yippie..


Budak-budak ni kalau tengah rashes, memang selalunya Mira akan mandikan dengan rooibos 2 kali sehari. Rooibos tu biar pekat sikit. Lepas mandi jangan bilas. Kalau anak kencing ke berak ke..Mira akan basuh dengan air paip dulu (sebab takde water heater dan mak ni malaih nak pi jerang air suam..hehe). Lepas tu bilas plak ngan rooibos tea.
Yang ni rooibos yang Mira
beli dulu2. Organik.
Memang buat mandi aje.

Kalau tub ni besar,
mama pun terjun sekali eh..


So, memang kene standby rooibos tea dalam bilik air. Biar aje teh tu terendam dalam bekas. Nanti kalau nak guna senang, curah kan aje kat badan anak.


Teh rooibos ni yang bestnya, susah nak basi..haa..so tak payah susah-susah nak pi letak kat dalam peti ais. Letak aje dalam bilik air. Esoknya gantikan dengan yang baru..senang kan.

Kalau dulu time Mira kerja, Mira tinggalkan kat anak Mira kat rumah pengasuh. Syukur Alhamdulillah, pengasuhnya jaga anak Mira dengan baik sekali. Nasib baik la dia tak marah, Mira ni cerewet. Nak rooibos tea la, garam EPSOM la, sapu minyak zaitun la..macam-macam yang natural based product. Pengasuh ni ikutkan aje.. hehe. Susah tau nak dapat pengasuh baik macam ni.


Ye lah kadang-kadang pengasuh ada ego dia sendiri. Dia akan jaga anak kita macamana dia jaga anak dia. So kalau ada pantang-syarat kita yang dia tak berapa setuju nak ikut, terpaksa lah kita redho.. Jadi, mak-mak..kalau dah dapat pengasuh yang baik, tak cerewet, boleh ikut rentak kita..syukur lah sesangat.

Ok.. Mandian rooibos ni bila dibuat setiap hari, kesannya, rashes dan gatal-gatal akan kering lebih kurang dalam 3-4 hari. Buat pekat sikit untuk hasil yang lebih baik. Kalau buat selalu lama-lama boleh hilang parut.

Kalau gatal-gatal kat tempat lain contohnya macam kat leher, celah pelipat kaki dan lengan, Mira akan guna Herbal Blend Cream.
Tengok! Dah lunyai tiub krim ni.
Memang anak-anak Mira suka
 pakai dan sapu. Kadang buat
main tu yang tak tahan tuh.

Krim ni memang best. Kalau nak bagi anak-anak pakai tak payah risau sebab takde chemical dan kalau anak-anak masuk tangan dalam mulut lepas kusapu krim ni pun...ku tak kisah.. Mira lak memang suka sapu kat tangan buat macam losyen. Kadang-kadang suka sapu kat belakang leher, urut pelan-pelan, hilang lenguh. Bau dia pun..thorbaekk.. nyaman aje rasa. hihi. Eh, kita dah tersimpang dari rooibos tea nih..hehe.

So..back to rooibos tea. Kenapa boleh jatuh cinta dengan rooibos tea ni? Rooibos tea ni sebenarnya berasal dari tanah Afrika Selatan. Dah lama dah orang Afrika dok guna, je yg tahu fungsi rooibos tea ni...hehe. Zaman tok nenek lagi rooibos tea digunakan untuk pelbagai tujuan.

Rooibos adalah Antioksidan Unggul

Antara kelebihan utama Rooibos Tea adalah sebagai antioksidan dalam badan. Rooibos tea sangat kaya dengan flavonoids, polifenol, zink dan vitamin D.



Ape pulak laaaa flavonoids tu?

Flavonoids adalah elemen dalam buah-buahan, sayur-sayuran. Flavonoids kaya dengan khasiatnya sebagai antioksidan dan anti-inflamatory. Ia juga memainkan peranan yang sangat penting dalam imunisasi badan.

Apa Kebaikan Rooibos Tea?

Bila ada pelbagai mineral yang baik dan juga menjadi antioksidan dalam badan, so banyak lah manfaatnya yang lain seperti:

Bebas kafein

Teh ini hidup secara semulajadi. Jadi ianya bebas kafein dan sesuai bagi peminum teh tegar. Cuma rasanya pelik sikit lah, tak macam teh o biasa yang kita dok minum tu.

Anti penyakit eczema yang kronik

Rooibos tea mempunyai polifenol iaitu bahan dalam teh tersebut yang bersifat ‘anti-inflamatory’ dan anti-mutagenik. Ianya dapat menghalang eczema dan penyakit-penyakit kulit yang kronik. Ada kajian yang kata ianya adalah anti-kanser.

Dapat melambatkan penuaan

Antioksidannya yang sangat unik dapat membina sel-sel baru dan melambatkan kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan kulit berkedut sebelum usia.

Mencantik dan memuluskan kulit

Teh ni banyak sangat antioksidan, jadi ia boleh mencantikkan kulit. Kalau kita dok biasa sapu kat kulit aje. Jadi kesannya nampak di kulit aje lah kan. Tapi kalau minum tehnya, efek nya kan satu badan. Best kan..kann..

Mengelakkan stress dan insomnia

Apabila minum rooibos tea, magnesium dilepaskan kedalam salur darah dan memberi kesan ‘soothing effect’. Ini dapat memberi rasa tenang. Sebab itu rooibos tea ni, boleh merawat masalah insomnia.

HB (Hemoglobin) yang bagus

Selalunya wanita yang mengandung mengalami masalah kandungan HB yang rendah. Selain daripada bahan berdaging seperti hati ayam, hati lembu dan kerang, rooibos tea membantu dalam penyerapan zat besi dengan lebih efektif. Pengambilan rooibos tea secara konsisten dapat memantapkan paras HB dalam darah semasa mengandung dan selepas melahirkan anak.

Tekanan darah normal dan kurang kolestrol

Rooibos tea tak macam teh yang lain yang mempunyai kafein. Kafein mengoksidakan zat mineral dalam tubuh. Pengambilan rooibos tea yang konsisten boleh menyingkirkan kolestrol dalam darah sekaligus memperbaiki tekanan darah menjadi normal.



Menghilangkan kembung perut, kejang perut dan cirit-birit

Flavonoids dalam teh ini boleh menghilangkan kerengsaan perut akibat dari angin dan masalah pencernaan.

  


CINCH TEA

Satu lagi cara nak dapatkan kebaikan rooibos tea adalah dengan minum Cinch Energy Tea Mix Shaklee. Ha.. ape tu? Cinch Tea ni adalah salah satu minuman energy booster keluaran Shaklee. Macam biasa..tagline Shaklee adalah: Selamat, Semulajadi dan Berkesan. Banyak kebaikan rooibos tea yang Mira share tadi. Tapi dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni ada banyak zat mineral yang lain seperti:



1.       Serbuk Teh Hijau Matcha2.       Ekstrak Teh Merah3.       Ekstrak Teh Hijau Muda Kalau minum Cinch Energy Tea Mix Shaklee dapat satu lagi bonus tau. Mesti lah nak bonus kann..       

  • Ketika badan letih akibat terlalu banyak aktiviti, relaks sekejap dan minum Cinch Tea dapat membuatkan badan terasa lebih nyaman dan kemudian akan lebih bertenaga.


  • Cinch Tea ni dia ada banyak antioksidan. Semua gabungan elemen yang menstabilkan hormon akan membuatkan perasaan kita lebih tenang.


  • Bagi sesiapa yang nak menguruskan badan, elok lah mengambil Cinch Tea ni bersama dengan Herb-Lax dan Peppermint-Ginger Plus.


  • Begitu juga bagi sesiapa yang nak detox boleh menggunakan set detox yang juga mempunyai Cinch Tea Mix ni.


 Cara bancuh Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni senang je.
Meh Mira nak share. Nyum! nyum!


  • Koyak sachet dan masukkan Cinch Energy Tea Mix Shaklee dalam segelas air panas atau air sejuk. Nak letak beberapa ketul ais batu pun takpe.

  • Cinch Tea tak akan rasa macam teh o biasa. Rasanya special sikit. Untuk rasa yg lebih enak, tambah sehelai stevia atau madu asli. Tidak digalakkan campur dengan gula putih. Kalau dah takde madu atau stevia boleh campur gula perang atau gula melaka.

  • Boleh jugak tambah masukkan potongan lemon (pastikan jangan dibuang kulit, kerana kulit lemon bersifat alkali). Tidak digalakkan menggunakan limau nipis atau limau kasturi.

Dalam sekotak Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni ada 28 sachet. So kalau pegi mana-mana tu boleh la bawak kat dalam beg 1 atau 2 Cinch Tea tu. Bila pegi shopping ke, jalan-jalan dengan family ke..terasa penat sikit, relaks dulu, minum Cinch Tea..haaa gitew. HeheSo..ape lagi..Jom bertenaga..jom tenang..jom detox..jom kurus...JOM ber Cinch Tea!!


Supprise penggemar chocolate dan coffe. Cinch mix ada perisa kopi latte dan chocolate tau. Jom pakat order yang Mira..lekaih!

Kalau nak Cinch Energy Tea Mix Shaklee ni boleh Whatsapp Mira di 019-2821775.#PengedarShakleeSijangkang#PengedarShakleeBukitTinggi#PengedarShakleeKlang


 

Saturday 24 September 2016

Macamana ibu bapa nak tau anak-anaknya fokus belajar di sekolah, betul-betul ulangkaji di rumah.. atau main-main, berangan dan buang masa??

Alhamdulillah.. berlalu sudah hari yg hebat.. bersama-sama orang yg hebat.. di SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA atau nama singkatan..STPM.

Bukan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia tu ek.. hehe.

Sampai UKM.. rasa bestnyer. Cari parking2 dekat ngan Simposium da abes.. kene parking jauh2.. So parking la kat area lapang depan FST tu.. menapak la kaki aku sampai kat FSSK (formerly known in 2002 as FSKK)..

Dari Kolej Aminuddin Baki, jalan plak laju-laju..nak cepat smpai kelas.. hoih.. Jap benti jap.. selit flyers Shaklee kat keter2 orang kat situ, selagi sempat. Sambil-sambil letak flyers tu kita doa kat ALLAH.. moga tuan punya keta terpanggil nak contact kita, nak tahu pasal health plan dia.

Sampai FSSK.. lalu passageway dia yang panjang tu.. salah tempat. Ok pusing balik..jalan lagi.. mata melilau cari banner ka bunting ka.. crew bertugas ka.. ok nampak sorang mamat ni, nampak macam student la.. pi bagi salam kat dia.. terus dia berpaling ke arah aku.. haha.. nampak dah tag dia.. crew STPM. So aku tanya kat dia kat mana nak register. Habih register tu.. aiseh, dewan kuliah la.. hmm.. seat VVIP aku masih kosong. Tapi ramai plak yang dah duduk. Segan nak pi mencelah-celah. Tak pe lah duduk kat seat bukan VVIP. Mata melilau jugak cari abang angkat aku. Mana dia. Oo rupanya dia dok kat seat VVIP.. row depan skali. Maybe tu row untuk sponsors.

Ilmu apa yang kita belajar harini. Haa.. actually ni adalah ilmu baru untuk aku. Tak pernah terfikir pun nak join bidang akademik sekolah. So skang dah dapat opportunity kene la grab.

Lagipun simposium ni ajaq macamana nak guna teknologi baru untuk monitor kecemerlangan anak-anak kat sekolah dan latih tubi kat rumah. Macamana?

Ok. Simple.. Mak kita..ayah kita dulu-dulu selalu cakap ayat gini.. "Pi sekolah belajar baik-baik.. Kaut ilmu kerana Allah.. Kawan dengan kawan-kawan baik-baik baru senang nak dapat ilmu dan kongsi ilmu dan pengalama..." banyak lagi lah.. kalau nak susun sini tak cukup muka surat.. hehe...padahal takde muka surat pun kan..

So..kalau kita suruh anak kita pi sekolah belajar baik, tumpu perhatian dalam kelas.. balik darinsekolah pulak, time belajar kena belajar. Ulangkaji.

Cuba tanya diri kita sebagai parents..

Anak-anak kita belajar betul-betul ke.. main-main?

"Oish..anak aku mana main-main..dia belajar betul-betul la..".. ok takpe. You, Me, We.. as parents.. macamana nak tahu tahap 'betul' tu tahap mana.. Cuba convert to percentage. Dalam 1 jam dia buat ulangkaji, berapa peratus dia buat latihan. Berapa peratus dia dok berangan.. berapa peratus tiba-tiba dia ter'switch' off minda dia ke lain sekejap sebab ada teringat benda lain kat kepala e.g. "ooo.. kerja rumah cikgu bagi ada lagi satu belum buat lagi nih"



Back balik berapa peratus tu... So parents tau the efficiency time vs study vs result anak tu? Tak tau kan..

Dengan teknologi baru ni.. parents bole tau apa yang anak dia belajar. At this hour, minute, second.. apa anak dia tengah fikirkan.. belajar subjek tu or berangan? Kalau anak dia tengah buat subjek pelajaran tu.. topik apa yang dia lemah dan pandai. Soalan macamana yang dia bokeh score. Berapa percent scoring and efficiency selepas 1 jam belajar.. semua ni.. parents dok kat tempat keja. Anak kat rumah pun boleh monitor.. wahh..



Ok tu part 1. Part 2, part 3, part jadi bisnesperson dalam bidang ni.. kita cerita dalam entry lain naa..

Banyak lagi boleh kita share ni. Jemput mai blog akak ni, rajin2 kan baca aje.. hehe, tak susah kannn..

Ni semua angkara abang angkat aku la nih. Mohd Fadhilyuddin. Dia ni memang abang angkat yang tak pernah lupa kat adik dia hat sorang ni. Bayangkan dia suruh aku belajaq teknologi ni dari 2009 lagi.. la ni baru Allah bukak hati. Woow.. lama dak? Padan muka aku.

Bab, jalan-jalan dari keta mencari dewan kuliah tu.. huuh! Dah lama tak buat exercise jalan atau jogging. Ni da balik umah baru rasa lenguh2 kaki..heheh.

Tapi yang best.. bila jalan laju-laju dan melasak naik turun tangga, turun bukit, naik bukit.. rasa bersemangat.. rasa positif. Tambah lak sepanjang dok jalan tu tengok pemandangan hijau kat UKM.. Rasa aura baik-baik datang. Semua rasa2 yang tak best hilang ntah pi mana.

Agaknya.. sebab tu lah orang yang selalu travel pegi sana.. pegi sini.. melancong..hiking.. semoa outdoors activity tmsuk la kena travel utk keja/belajaq.. jiwa depa selalu positif.

Apa pun ilmu dan pengalaman harini sangat berguna utk masa depan..jeng..jeng..

Alhamdulillah.. ngantuk dah.. lengoh kaki..huwaa..

Esok my beloved asben aku pulak yang pegi on behalf aku. Turn aku plak jaga anak-anak.. dia akan mengasah minda dia esok.. dengan strategi-strategi teknologi.. gel pulak dengan otak bisnes dia tuh.. hehe.

Jom telan ostematrix, Vita C dgn Vitalea.. in shaa Allah esok pagi akan kurang kelenguhan ni..

:)

Tuesday 20 September 2016

Suami Taknak Isterinya Jadi Bidadari Syurganya

Teringat orang tua-tua kata, kalau nak pikat hati suami, pikat lah dari perut dia. 
Ye sebenarnya memang betul statement tu. Cuma kita kene add sikit la yang lain. Sebab suami ni pun manusia. Dia kahwin ngan kita pun sebab dia sayang sangat dengan kita. Terima baik buruk kita. Bukan semata-mata nak makan makanan kegemaran dia aje..hehe.

Suami ada hati dan perasaan. Kadang-kadang hatinya gembira. Kadang-kadang dia tak gembira. Kadang-kadang dia 'period' haha..emosi lebih sikit berbanding hari-hari biasa.

So nak jadi isteri solehah kita kena jaga hati suami. Kita perlu tahu apa yang buat suami gembira atau sedih. Cuba elakkan buat perkara-perkara yang boleh membuatkan dia marah atau kecewa. Usaha untuk cuba menjaga sebuah perkahwinan adalah satu ibadah. So, kann dapat dah pahala.

Perkahwinan yang ke 9 tahun ni Mira semakin sedar, kadang-kadang kita lupa apa yang patut kita buat dan apa yang tak patut kita buat sebagai isteri. Sebabnya kita sendiri dah banyak tanggungjawab waktu ini.

Impian Mira nak jadi Ketua Bidadari suami di syurga. Kompem ke dapat jawatan ni nanti? Bukan senang, tapi bukan juga susah sangat. Kita betulkan niat kita selalu, ingat dan sebut nama Allah selalu..in shaa Allah..segala jalan akan Allah buka terbentang luas untuk kita para isteri.

Jangan terkejut, Mira pernah jumpa depan mata Mira, seorang suami tu dia confessed di hadapan isterinya untuk ada bidadari selain isterinya di syurga nanti. Waktu tu sebenarnya kami tengah sembang-sembang biasa. Tiba-tiba isteri selamba aje bertanya, “Abang nanti di syurga mesti ramai isteri, abang rasa ayang ke yang jadi ketua bidadari untuk abang” si isteri tanya sambil tepuk manja bahu suaminya. Dalam hatinya, mesti suaminya akan kata ya, dialah ketua bidadari syurga buat suaminya. Tapi tak disangka-sangka, suaminya membalas yang isterinya bukan pilihan hatinya untuk jadikan bidadari syurga. “Tak kot” kata suaminya bila si isteri tadi tanya...Mira terkejut. Isterinya pun terkejut, tapi masih mengharap suaminya tidak serius. Tapi suaminya terus sambung ayatnya... “Alah..you pun akan jumpa suami ideal lah kat sana..sama-sama kita doakan kita akan dapat pasangan terbaik untuk kita kat sana ye”.. Ayat suaminya yang seolah-olah tidak ada apa-apa. Seolah, ayat tu boleh tenangkan semula hati isterinya yang dah sedih tadi.

Mira tengok wajah isterinya berubah. So, waktu tu tahulah dia, dia bukan isteri idaman suaminya. Ada kekurangannya di mata suaminya. Kat mana kekurangan dia? Mira tahu, mesti sedih hati isteri tu..sehingga sekarang Mira sendiri teringat-ingat lagi dengan kata-kata suaminya. Aduhaiii...pedih..

So, kalau kita para isteri selalu minta pada Allah agar ditemukan semula dengan suami kita di syurga... in shaa Allah. Allah pasti tak akan mengecewakan usaha isteri yang bersungguh-sungguh menempatkan dirinya di hati suaminya.

Apa pun kita kena usaha. Untuk berada di syurga dengan suami kita / suami idaman bukan mudah. Sebab syurga itu mahal kann..

Tapi kalau readers cuba tips-tips ni, in shaa Allah mudah untuk pikat hati Encik Suami. Yang paling penting ikhlas kerana Allah. Semua tips ni adalah mengikut cara yang disyariatkan,.

  1. Sayangi dia sepenuh hati kerana Allah.


Sayangilah suami kita sepenuhnya dan terima baik buruknya. Sebab tak ada sesiapa pun yang sempurna. Hanya Allah s.w.t. yang Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana.

Sayangi dia kerana Allah, kerana kita taknak dia terheret ke neraka kerana perbuatannya atau perbuatan kita di dunia. So kita kene sentiasa ingat niat kita, dan berhati-hati dalam tindak tanduk kita.

2. Menjadi pendamping suami di mana sahaja dia perlukan kita.

“Disebalik kejayaan seorang suami, ada kekuatan dan sokongan dari seorang isteri”

Pernah dengar kan quote tu. Jadi kalau suami kita ajak ke mana-mana..sebolehnya luangkan masa. Cuba lah sesekali ambil cuti untuk ikut dia. Suami akan rasa lebih seronok, sebab orang kuat dia..iaitu isterinya sentiasa ada bersama-samanya.

Waktu dia dalam keadaan sedih atau gusar, sebaiknya kita cuba sentiasa berada disampingnya. Cuba untuk berikan respon positif terhadap apa yang diperbincangkan. Suami akan berasa sangat dihargai, kerana isterinya paling memahami dirinya.

3. Masak makanan kegemarannya dan anak-anaknya.

Biasanya di mana-mana muka bumi sekarang ni, kalau dah nama isteri, antara tugasannya di rumah adalah memasak untuk keluarga. Sebab suami kadang-kadang hanya tahu makan. Masak pun hanya tahu yang simple seperti pisang goreng.

Isteri ni kenalah tahu apa yang suaminya sukaaa makan. Kalau tak tahu masak, boleh belajar dengan ibu suami. Kalau tak tahu juga, alaahhh...internet berlambak resepi. Tinggal nak cuba buat aje.

Kesihatan suami mesti kita kena jaga. Kalau boleh masaklah makanan yang sihat dan sentiasa ingatkan dia tentang apa yang tak boleh dimakannya, dengan lemah lembut.

Kalau boleh didik anak-anak untuk turut sukakan makanan kegemaran suami. Dengan cara ini, suami akan rasa dia bertuah kerana anak-anaknya turut suka dan mewarisi makanan kegemarannya.

4. Menggalakkan hobinya.

Memang selalunya hobi ister dan suami ni lain-lain. Tapi kadang-kala galakkan lah dia melakukan perkara yang sangat disukainya seperti bermain badminton, memancing atau mendaki gunung.

5. Menggalakkan dia ke surau untuk solat jemaah.

         Haa.. pernah dengar tak.. duitmu, duitku...duitku, duitku... Apa relate dengan tips ni? Well memang relate.. cuba kita anggap duit dalam ayat di atas tu adalah pahala.. Kalau kita galakkan dia ke surau untuk solat jemaah, secara tak langsung pahalanya tak kisah lah dia nak berjalan kaki/naik kenderaan ke surau pun...kita akan dapat tempias pahalanya.

6. Mendidik dan menjaga kebajikan anak-anaknya.

Suami perlu mencari rezeki, isteri perlu mendidik anak-anak. Ini adalah tanggungjawab kedua-duanya. Bukan bermakna kalau jadi isteri tu kena 100% didik anak, suami tak payah.. No! Bukan macam tu.

Suami perlu ambil peranan. Cuma digalakkan dalam Islam, isterilah yang mendidik anak-anak.. dan menjadi pemudahcara dalam setiap urusan anak-anak. Anak-anak selalunya akan rujuk emaknya terlebih dahaulu sebelum meminta kepada si bapa. Isteri lebih lemah lembut sifatnya secara semulajadi berbanding suami.

Bila kita buat macam ni, kita sebenarnya telah permudahkan tanggungjawab suami untuk menjaga keluarga secara keseluruhannya.

7. Selalu mengikuti perkembangan kerjanya.

Ada tak situasi macam ni..bila suami balik kerja atau pulang dari sesuatu aktiviti, dia akan cepat-cepat cari kita, nak share apa yang dia alami. Haa...kalau si suami ni macam ni, in shaa Allah dia hargai kita sebagai teman rapatnya untuk dia bercerita dan meluahkan segala yang dia rasai. Waktu ini, seeloknya isteri kena tekun mendengar apa yang dicakapkan oleh si suami. Jangan pulak mengelamun tempat lain, atau berfikir tentang hal-hal lain, sehingga apa yang suami cakapkan isteri tidak faham. Dikhuatiri suami akan beralih mencari seseorang yang lain untuk dia berkonsi cerita.


8. Bercakap lembut dan bermanja dengannya.

Kadang-kadang kita tak perasan kita selalu bermasam muka dan bercakap kasar dengan suami. Mira faham..kadang-kadang bila kita penat kita akan mudah jadi marah.

Fitrah suami sukakan benda yang menenangkannya. Dia suka tengok kita senyum kat dia, dia akan rasa tenang. Isteri mesti gunakan bahasa yang sopan bila berbual dengan suami. Kalau boleh susun juga ayat-ayat yang sesuai supaya dengan keadaan supaya suami tidak terguris hatinya.

Jika dia marah-marah, lebih baik diam dan jangan menjawab. Kerana suami apabila kita isterinya menjawab, dia akan rasa tercabar dan mungkin akan jadi lebih marah. Buruk akibatnya. Emosi kita pun akan lebih tercalar berbanding kita diam dan istifar dalam hati.



“Isteri janganlah berkasar dengan suami yang baik dan soleh. Kerana Bidadari di Syurga akan terus berdoa semoga Suaminya itu cepat masuk Syurga dan berkata binasalah kepada wanita itu...” – Ustazah Nurhafizah Musa-

Suami juga suka bila isteri bermanja dengannya. Kalau dia tengah buat sesuatu tu, cubalah peluk dia dari belakang..cakaplah kita rindukan dia.. In shaa Allah...cair..Silap2 dia juga akan balas pelukan isterinya tu. Hehe..

9. Cepat-cepat minta maaf jika buat salah dengan Suami.

Minta maaf ni satu perkara yang susah bagi suami atau isteri yang menggunung egonya. So, kalau kita nak jadi isteri solehah, kita kena banyak sabar, minta lah maaf dengan suami walaupun kedua-duanya memang salah. Tak hilang seri kita kalau kita minta maaf dulu. Silap-silap suami akan termalu dengan perbuatannya, dan dia juga akan terut meminta maaf dan keadaan akan jadi lebih baik daripada sebelumnya.




10. Menjaga rumah, anak-anak dan harta bendanya.

Suami ni bekerja. Bila dia balik ke rumah, sebolehnya dia perlukan suasana rumah yang tenang untuk badan dan fikirannya berehat. Jadi, kenalah pastikan rumah selalu kemas. Oh..anak-anak suka sepahkan. Betul..Mira pun ada 2 anak-anak kecil yang selalu buat sepah. Jadi Mira mintak mereka tolong kemaskan sebelum ayah mereka sampai.

Jika suami isteri bekerja pula, kenalah masing-masing ambil peranan masing-masing untuk mengharmonikan suasana rumah. Supaya rasa lebih seronok, tenang bila berada di rumah.

11. Jangan kerap berleter panjang.

Ok. Berleter ni memang sinonim dengan wanita. Apatah lagi yang dah kahwin. Double tripple leteran nya bila anak-anak dah ramai. Haa.. begituu.

Ok, sebelum Mira kata 'Jangan', jom kita check diri kita..seronok tak kita kalau mak atau ayah, atau kakak atau adik beradik rapat kita asyik berleter dengan kita bila kita berjumpa. Asal jumpa berleter..asal berleter je jumpa. Kita ada perasaan malas tak nak jumpa diorang? Of course la kann.. Kalau tanya Mira, memang mula-mula Mira rasa tak apa. Nak berleter? Leter lah sampai puas. Weh..lama-lama pening jugak tau.. Korang yang dok cuba-cuba buat tips-tips ni, haa cuba pejam mata..tadah telinga, masuk telingan kanan - keluar telinga kiri. In shaa Allah hubungan baik dengan adik beradik pun ok. Kann..

Kalau kita gerammm sangat dengan husband. Memang kena jugak luahkan apa terbuku kat hati tentang suami.. maka kita tarik nafas panjang-panjang. Istifar..ingat macam ni "Ya Allah. Engkau sedang tahu isi hatiku, "Jagalah isi hatiku sebaiknya Ya Allah.. jangan lah ditinggalkan aku walau sesaat"Allah. Malaikat mesti tengah tengok aku yang sedam muram ni. Allah mesti sedang buat yang paling best dan berkesan untuk Mira. 
Memberikan 'love notes' kepadanya secara senyap-senyap pun oka jugak. So at least dia tahu apa yang kita rasa.

12. Jaga penampilan dan bersiap untuk dia dengan cara kita dan semampu yang boleh.

Tak kisah lah kita ni suri rumah atau wanita berkerjaya. Kita kena jaga penampilan sewaktu berhadapan dengan suami. Ada satu kes ni, bila duduk di rumah, sewaktu suaminya tak ada, memang pakaiannya biasa-biasa sahaja...t-shirt dan kain batik. Kadang-kadang pakai seluar leggings. Ada jugak yang jenis recycle baju semalam, pakai hingga ke harini sebab tak nak basuhannya jadi banyak. hohooo..macam-macam kan.

Pernah jumpa wanita ni.. dia adalah suri rumah sepenuh masa. Mira pernah tanya dengan dia sewaktu Mira lawat dia sekeluarga. Waktu saya pergi tu dia tengah buat kerja-kerja memasak di dapur. Masuk-masuk aje wangi semerbak rumah dengan haruman Essential Oil. Lepas tu bila jengah sikit ke ruangan dapur kering, baru terbau masakan dia. Mira masuk bersalam. Katanya suaminya tengah outstation. Hanya dia dan anak-anak aje yang ada kat umah. Mira tengok dia masak banyak jenis lauk. Pakaiannya..macam nak pegi jalan-jalan, shopping gitu. Pernah juga waktu datang, sewaktu suaminy ada.. dia pakai kebaya lama. Ketat kat pinggang. katanya tu baju favourite husband dia. Bila dia pakai husband suka tengok dia dengan senyuman. Haa..nampak tak tu significant changes yang berlaku kat suami dia.

So kita pun kena lah pakai elok2 kat rumah. Terutamanya bila suami kita ada kat rumah. Jangan lah 'menjemukan' matanya dengan hanya pakai t-shirt-seluar atau berkain batik aja. Saya tak kata pakai kain batik tu tak cantik. Bukan macam tu. Maksud saya pakaian yang biasa-biasa sangat si suami tengok. Malah ada yang pakai serabut rambut tak dirias, muka tempel dengan bedak sejuk atau mask. Macam mana suami tak nak tengok kita, nak tengok pun dah jemu..hehe.

13. Utamakan kehendak suami dan cuba penuhi permintaannya.

Pernah tak kita dihimpit rasa bersalah bila kehendak suami dan anak-anak datang silih berganti. Waktu ini selalunya si ibu akan utamakan anak-anaknya.

Contoh lah kann.. suami panggil sebab nak tunjukkan sesuatu di televisyen. Kita yang di dapur tengah melayan kerenah anak yang dah lah picky eater dan susah nak makan.

Kalau experience Mira..anak yang picky eater ni tengah makan, kalau boleh nak teman dia sampai dia siap makan. Kalau kita pergi tempat lain hilang mood dia nak makan. Ibu mana tak risau kalau anak degil tak nak makan.

So kalau suami panggil, menyahut lah dulu. Kita menyahut atau orang utara sebut 'menyeut' dulu panggilan husband tercinta. Kalau boleh kita pergi kat dia terus kat dia. Dia akan rasa..isteri dia memang sentiasa utama kan dia. Kadang-kadang suami ni nak test kita aje. So, kalau emosi kita teruji, banyakkan bersabar dan mohon doa pada Allah.




“Bila kita niat nak jadi baik.. mohon lah pada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh ke arah itu.. sesungguhnya Allah akan mudahkan urusan kita..Amiinn”.

“Isteri solehah adalah isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suaminya”.

“Suami yang soleh akan sentiasa sayang isterinya kerana Allah dan membimbing isterinya ke jalan yang diredhoi Allah s.w.t”

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kerhormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai” (Hadith Riwayat Ahman)