Tuesday 13 September 2016

COACHING & LEARNING

Alhamdulillah.. syukur sekali lagi pada Allah sebab temukan Mira dengan kawan sangat Mira sayang, in shaa Allah sampai akhirat nanti harapnya. Ameen.

Sape tu?

Nurul Idayu Kambali namenye. Nama manja Ayu. Orangnya kecik comei aje. Hehe. Alhamdulillah...sampai jugak dia ke rumah Mira. Tujuannya nak coaching Mira. Maklumlah, baru pergi kelas nutrisi haritu, mestilah nak kena set target untuk capai matlamat WHAM ni kan. Aduhai.. baik tak coach macam ni. Mana nak dapat coach yang walk-in ke rumah semata-mata nak share segala ilmu yang dia ada. Pulak tu yang best, dia ni kerja...siap ambik cuti lagi.. Dia hantar anak2 kat pengasuh dan datang rumah Mira. Mira ni, kalau weekdays susah sikit nak keluar rumah dengan anak-anak kecik. Weekend coach kita plak yang akan sibuk. Maklumlah kan dia wanita bekerjaya..so, weekend adalah WAHM day and family time.

Syukur dapat jugak curik masa Mira masak nasi goreng untuk breakfast tadi. Tujuannya takdelah kelam kabut nanti waktu tengah coaching dengan Ayu. 

Banyak betul yang dipelajari harini. Coach ayu ni pun sangat lah sabar dengan anak2 Mira yang aktifnya bagai spiderman. Berlari2 atas tempat ayu letak buku2 nya. Panjat atas Mira dan kejap2 panjat atas ayu.. tetap jugak Ayu teruskan coachingnya dengan sabar dan rilex aje. Suke I tengaok kesabaran dia.

Selain ilmu Shaklee, iaitu ilmu bisnes dunia nih, Ayu share jugak tentang ilmu bisnes akhirat. Maklumkann..kita pencari rezeki. Yang Maha Pemberi Rezeki adalah Allah.

Bukan tu je.. MasyaAllah.. ilmu kekeluargaan dan anak-anak pun Ayu share. Ish... ternganga mulut I (dalam hati) bila teringat betapa tekadnya dia untuk coaching Mira sampai berjaya objectives coaching harini.

Antara ilmu akhirat dan bisnes ni, Ayu share:

  • Paling utama, niat bisnes ikhlas kerana redho Allah.
  • Niat nak bantu orang lain untuk jadi sihat sama macam kita berusaha untuk diri kita dan keluarga kita jadi sihat.
  • Niat untuk dapatkan keuntungan yang munasabah untuk kita capai objektif perniagaan kita. Yela kann..orang berniaga mestilah nak untung. Walaubagaimanapun jangan lupa diri. Untung Rugi adalah usaha kita dan izin Allah juga.



Matlamat dunia dan akhirat yang tercapai adalah bergantung pada redho Allah sepenuhnya. Yelah..contohnya kalau kita berjaya untung banyak pun, memang sebab kita usaha. Tapi kalau Allah tak redho..bukan ke istidraj tu namanya.. Haa..yang ni coach ayu tak ajar. Aku yang ajar diri sendiri. Tetiba terlayang2 dalam sinaps ni benda ni.

No comments:

Post a Comment