Sunday 30 October 2016

Shaklee Landmark Study

Kisah Landmark study Shaklee memang takkan habis kat #tsunamishaklee aje. Sebab.. orang yang makan Shaklee.. yang kenal Shaklee, yang rasa perubahan diri (the Shaklee effect) setelah makan Shaklee memang akan kagum dengan landmark study ni.

Landmark study ni, bukan sekadar nak cipta produk aje, tapi banyak test dah dibuat untuk pastikan pengambilan supplement shaklee ni berkesan untuk jangka masa panjang, tiada kesan sampingan...

Sebab Shaklee is natural product, non-gmo and 100% organic.

Mahal? Memang mahal sikit, tapi berbaloi sangat kalau nak dikira masuk hospital, drugs dan unnaturally products masuk dalam badan kita.

Makanan kita pun banyak dari unsur yang tak sihat.. sebab tu supplement yang kita ambil mesti membantu kita untuk singkir benda2 tak sihat yang kita makan tu. pun boleh beri kesan sampingan.. agak2 la..macamana badan kita ni. Sayur pun banyak pesticide dan gmo.. belum cerita ayam cucuk, telur, makanan lain lagi.

Kalau nak tahu lagi pasal landmark study ni, boleh tanya dengan Mira. Kot risau nanti Mira paksa beli Shaklee? Takde.. Mira takkan buat macam tu. Kalau just nak fahami landmark study ni dulu pun takpe. In shaa Allah Mira share.. demi kepentingan ummah.

Bak kate upline.. semakin ramai yang sihat, semakin banyak amalan dan ibadah yang ramai boleh buat.. semakin banyak pahala kita dapat.. in shaa Allah..ameen.

Senyum selalu..

SID and Shaklee Advisor
Mira Hamzah
019-282 1775

Landmark Supplement Study - Shaklee Natural Nutri…:

Wednesday 26 October 2016

Nak Kurus Secara Sihat..tapi Macamana?

Nak kurus.. secara sihat.. tapi tak pasti cara mana berkesan...
˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚

Nak kurus? In shaa Allah senang aje nak kurus ni.. yang penting kita tau cara.

1. Niat & Keazaman
Niat kene betul. Nak kurus sebab ape. Contoh, nak naikkan keyakinan diri. Nak cantik langsing untuk suami. Nak sihat dan tak nak penyakit singgah. NIAT & pasang AZAM ni betul2.m doa pada ALLAH yang baik2 aje.

2. Produk.
Apa yang kita nak makan. Boleh ambil supplement, tapi jangan sembarangan. Wajib untuk kita check dulu kandungan. Jangan malas untuk google dan buat research sikit. Yang penting kandungan selamat untuk kita makan. Dah disahkan oleh ujian2 klinikal. Jangan kita kurus tapi sakit pulak lepas tu.



3. Cara.
Lain orang lain caranya. Detoks, Minum banyak air dan senaman.
Kalau kita nak kurus..bererti kita nak flush out semua kotoran yang tersimpan dalam badan. Kemudian kita tingkatkan metabolisma dengan cara yang sihat.



4. Konsisten.
Kita dah niat, dah berazam, dah makan produk untuk detoks dan kurus. Tapi belum lagi nampak hasil.



Tak ape.. jangan mengalah. Teruskan makan dan KONSISTEN. Istiqomah buat amalan2 jasmani dan rohani. Doa banyak-banyak.

5. Fikir positif.
Kalau nak kurus secara sihat.. penting untuk fikir secara positif. Sebab. Bila kita gembira.. hormon oksitoksin akan dirembeskan.. sistem imunisasi akan bertambah kuat. Dan segala sistem untuk program kurus akan berjalan lancar.

Haaa! Senang tak.. rilex.. bukan senang nak senang kan..

Kalau boleh cari kawan2 yang suka bagi semangat untuk kita terus kurus.

In shaa ALLAH..result ok..semua ok nanti.

Senyum.

Konsultasi Dari Hati & Keazaman Tinggi
<3 Mira Hamzah <3
019-282 1775

Penasihat SHAKLEE anda.

Monday 24 October 2016

Bahaya Kalsium tanpa Magnesium

Kenapa kita tak boleh / tak digalakkan ambil kalsium tanpa magnesium?

Kalau buat macam ni selalu.. silap haribulan boleh dapat sakit jantung atau sakit organ lain. Bahkan boleh maut!.. Ha..Ngkau! Serious kan pasal ni. Tapi..kenapa ek?

Ok.. Kalsium kena ambik dengan magnesium (Mg) dan Vitamin D. Sebabnya.. kalau tak ambik dengan Vitamin D, kalsium yang kita makan tu macam pi curah buang kat dalam longkang aje.. tak serap dalam tulang pun. Membazir kan..

Kalau tak de Mg pulak? Kalsium yang kita makan tu akan mudah terenap kat dinding-dinding salur darah. Saluran-saluran jantung, buah pinggang dan organ-organ lain.

Bila terenap, kan ke nanti "blockage" kat salur tu. Cemane darah nak lalu? Nak bawak oksigen? nak bawak nutrien? nak bawak keluar segala toksik?

Fungsi jantung dan organ akan gagal.

Sebab tu penting ambik Ostematrix nih

Ok sambung balik sharing pasal kalsium ni..

Kenapa Ostematrix??

1. Sebab ianya mempunyai kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral yang menyokong penyerapan kalsium sehingga 99%.

2. Unik dan seimbang.

Kesemua mineral ini sangat unik, di ambil dari Laut Mati. Ostematrix mempunyai portion mineral yang seimbang. Jadi penyerapan optimum, dan tiada risiko enapan kalsium atau mineral lainnya kat mana-mana salur darah atau organ.

Banyak kes kita dengar, saluran jantung tersumbat, bukan semata-mata kes high cholestrol, tapi jugak sebab enapan kalsium mineral nih.

Kalau terenap kat pundi kencing, maka jadi lah penyakit batu karang..

3. "By Shaklee".

Sebab Shaklee ni dia bukan sahaja buat lab test untuk dapatkan kelulusan KKM semata-mata. Tapi Shaklee dah buat klinikal test untuk semua product dia. Bahkan dia dah buat landmark study. Ha, nanti Mira share di episod lain pasal landmark study. tak pun kalau rajin, gugel landmark study.

4. Trademark Shaklee:

Berkesan, Selamat, Semulajadi..

Ok.. dah tiba masa untuk ambik Ostematrix..

4 biji cukup untuk keperluan kalsium & mineral penting tubuh.

Jaga tulang ye.. jaga kesihatan..

Sebab ini pun amanah Allah..betulkann.. heheee

Good night.. 😘😘
 😆😆😆

Saturday 22 October 2016

Kerja Dari Rumah

Hari ni nak masak lunch yang banyak.. sebab nak cater sampai dinner. So mama leh focus plak stok untuk seminggu. Kakak pun seminggu ni bawak bekal lebih sikit sebab exam week. Papa have to get things at the market today. So mama can prepare these:

Puree for Iman
Bawang besor
Bawang putih
Halia
Ikan bilis kopek siap
Sayur tingkat
Stok ayam and stok daging
Paste nasi goreng
Paste for mihun and mee goreng
Paste for macaroni goreng

Ok.. see. Working at home mother pun kene prepare macam carrier mother kannn.

Sebab I am a working at home mother (WAHM). Actually working at home office pun really time consuming. Ada big boss dok perati every second. Ada supervisor jugak dok tanya progress and daily task. Kalau tak siap nanti kene babap!

And..kalau mama dok focus kerja-kerja WAHM aje.. makanan tak siap, rumah tak siap, anak2 tak siap, maknyer tak bersiap, muka hubby moncong, mama pun moncong. Wahahahaaa..

So, harapnya all the negative vibes pergi jauh2 jangan datang seminggu nih. Hehe..

Ok.. although I sibuk, but my Shaklee vitamin online store still bukak berseri-seri ye.. hehe.

Call Mira for your health plan.. (waahh!)
Call Mira for your vitamin.

<3 019-282 1775 <3
●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○

SHAKLEE CONSUMER
SHAKLEE DISTRIBUTOR

<3 019-282 1775 <3

Healing Crisis

Healing Crisis ni tak semua orang alami. Ada pulak kalau experience healing crisis ni..

1. Dia rasa sakit yang tak berkaitan dengan sakit yang sebelum ini..kemudian beransur lebih sihat..

2. Dia rasa sakitnya makin teruk.. dan lepas tu sakit makin berkurangan...kemudian beransur sihat.

3. Dia makan aje.. takde rase sakit ape2 pun.. tahu2 sakitnya yang sebelum ni dah lama hilang. Sampai tak sedar dah baik dah..hahaa..

Hampir setiap individu alami healing crisis yang berbeza. Ianya bergantung kepada banyak mana toksin yang perlu dikeluarkan dari tubuh.

#ShakleeEffect
#learnAndShare

Mira Hamzah
019-292 1775

Jom Join Shaklee

Kalau time mula2 join Shaklee dulu. Rasa macam nak join sebab nak makan sendiri aje.

Tapi bila dah makan sendiri.. kemudian ada positive effect kat diri sendiri.. rasa best sangat. Rasa nak share all the excitement bila jadi sihat ni dengan orang lain.

This is genuine experiences. Memang seronok. Lepas tu cakap kat my sponsored lady.. puan Ayu tuh.. nak share the goodness ni dengan semua yang Mira kenal. So.. Ayu bakar semangat lagi.. katenye let's share the goodness and make side income.

Tu lah permulaan ku disini.

Bila nak start sharing tu.. memang rasa macam ade batu kat jari2 nih. Asal share aje.. nak tekan button 'post' tu beraaatt aje.. delete. Camtu lah segan, malu nak post. Tapi bila dapat semangat dari kawan2... Mira buat..

share..share..share.. and share.. believe in heart.. in shaa Allah.. ade orang yg akan benefited drpd sharing ni.

So.. sape2 nak join Shaklee.. make good income.. boleh join Mira and the gang. In shaa Allah.. takkan rasa ditinggalkan. Bahkan hari2 akan rasa semangat. Kalau ade rase down tu.. nanti ade la kawan2 pakat 'tarik' balik kita naik. Hihi.. semangat la maksudnya.

Jom.. tak yah buang masa..

Be active..
Be smart..
Be good..
Be beautiful..

#loveShaklee
#lovetheukhuwah

Wednesday 19 October 2016

Petua Hilangkan Cirit Birit

Kalau cirit birit ni memang kadang menyeksa dan menyesakkan perut. Nak-nak pulak tengah jem. Kereta pulak tak gerak-gerak. Memang waktu tu kalau boleh scan muka sendiri kat depan windscreen tu, rasanya dah warna oren kebiruan menahan nak terkeluar..hahaha.. daku pernah alami cenggitu. Waduh rasa macam nak marah kat sape tak tau. Yang tahu digoncang kaki, tangan, perut (opss).. sampailah rasa tu berkurangan. Bila dah sampai kat tol tu.. barulah berhenti memecut ke.. zass.. ku hilang dari pandangan umum.. lega.

Kalau time tido plak, tetiba perut meragam memulas2.. aduihh.. memang nak taknak bangun jugak ke tandas. Buatnya mengantuk tahap gaban. Tidurlah kat situ 5 minit, pastu zapp! tersedar ynag aku tidur kat toilet. Astagfirullah..

Hehe.. takkan korang tak oernah alami camtu. Memang thrilled betul..huh.

Tapi sebenarnya ada cara nak.hilangkan cirit birit ni..

Ada doctor yang sarankan cara ni:

"Ambil segenggam beras, kasi goreng itu beras sampai hangit. Bila sudah hitam itu beras. Kasih taruk dalam air gelas minum. Kasi minum terus. Buat banyak kali sehari. Mesti hilang cirit birit tu"

Tu doktor bangsa India..

Ada jiran suggest ni plak:

"Bakar roti dalam toaster. Tak payah bubuh apa-apa kat roti tu. Bukak level tinggi. Biar roti terbakar sampai hitam. Kikis yang hitam tu (charcoal). Bubuh dalam air suam2 panas. Minum. Buat 3 kali. Sedaq-sedaq dah hilang sakit.. acaner tuh. Okey ke tak ok? Doctor tu pun kata.. yang nak slow down bowel kita tu sebenarnya charcoal tu...

 Para doctor buleh tutup kedai lah ye.. haha.


(Bersambung)

Bersyukurlah dikurniakan anak

Ramai yang kata "Mira anak engko dah 4? So productive"

"Ko dah 4? Laju nye.. aku baru 2"

"Bravo Mira.. so when is No.5? .

Si Mira tu pun balas ketawa kuat-kuat.. Memang nak ketawa tapi tak gelihati pun sebenarnya. 🤔🤔🤔
˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚
Anak ramai bukan pertandingan. Anak ramai adalah satu cabaran bagi ibu bapa.. tambah pulak zaman sekarang ni. Dengan barang mahai nak mampuih. Gadget, social life, all kind of desperate people out there.

Satu cabaran lagi.. nak besarkan setiap anak ni mengikut lunas2 Islam.. supaya depa jadi somebody kat akhirat nanti.. kann.. :)

Bilangan anak ni ikut rezeki masing2 yang dah Allah tetapkan. Kadang2 Allah duga kita dengan takde anak. Tak kurang juga Allah duga kita dengan ramai anak. Sikit atau ramai atau takde langsung, sebenarnya, masing-masing cabarannya hebat.

So.. jom kita bersyukur dengan apa yang kita ada, atau yang kita tak ada. Terus je berdoa.. selagi ada hayat, kalau Allah kate ade rezeki anak, ade lah nanti.

Tapi apa pun kita kene kuat usaha💪 . Bab preconception.. no hal. Just whatsapp Mira. In shaa Allah Mira consult ape yang Mira dah belajar. Shaklee preconception set memang tersedia menunggu tuannya. Hehe..

🍓Mira 🍓
019-282 1775

#ShakleePreconceptionSet
#learnAndShare

Tuesday 18 October 2016

Adab makan ubat / supplement

Kadang2 kita makan ubat baca bismillah aje. Alhamdulillah..nasib baik bace bismillah..kalau main tolan aje plak macamane ek.. 😁😁

Ubat atau supplement yang kita makan ni mungkin khusus untuk satu penyakit aje. Atau..dia tak khusus untuk satu penyakit aje..tapi banyak manfaatnya.

Jadi sebelum nak makan, niatkan pada Allah untuk sembuhkan penyakit yang kita deritai tu. Kalau boleh bacalah doa ketika sakit. Kalau Mira suka baca tafsir doa Nabi Daud ketika dia sakit.. (alAnbiya, ayat 83). Senang ingat sebab ringkas aje doanya.



Bab baca bismillah memang ramai orang amalkan. Tapi bab baca doa ni memang selalu orang lupa. Jangan kata orang.. Mira pun kadang2 nak cepat, bismilah aje lepas tu telan. Lepas tu anak tegur saya "Ma..tak baca doa sebelum makan ubat ke?" Haha...mama yang kene tegur 🙈🙈🙈



Bukan apa.. takut ada terlepas pandang, kita makan ubat/supplement tu dengan harapan baiklah penyakit kita tu. Kan dah syirik kecil kat situ? Sedangkan..kalau Allah tak izinkan.. seguni ubat/supplement pun belum tentu sembuh penyakitnya. Jadi seeloknya kita ingat untuk berdoa kat Allah waktu nak makan ubat / suplemen tu. Barulah berkah.. barulah sembuh cepat... in shaa Allah.. hihi.

Sekian tazkirah petang.. 😘😘

#kitakongsiIngatMengingati
#sayabukanUstazah
#sayaJualShaklee
#sayaMakanShaklee

Untuk mendapatkan konsultasi percuna berkenaan penyakit tuan /puan atau sesiapa hadapi, boleh hubungi:

Mira Hamzah
019-282 1775

FB: Mira Hamzah
IG: mira_nhm
Blog: amanahbuatku.blogspot.com



Monday 17 October 2016

Healing Crisis selepas makan Garlic Complex

Proses Healing Crisis seorang makcik yang call Mira. Begini lah bunyinya dalam telefon...

"Makcik makan Shaklee tu.. ape namenye.. Garlic Complex. Kan makcik nak baikkan telinga makcik yg selalu gatal-gatal kadang2 sampai berair tu. Tapi lepas seminggu makcik makan jadi sakit kepala, pening, nak muntah. Gatal telinga makin menjadi. Makcik stop makan Garlic Complex tu. Nak marah kat engko pun ade. Lepas tu semua pening, sakit kepala tu pun stop. Tapi lepas 2 hari lagi makcik sambung makan pulak. Mungkin sebab makcik tahu, bawang putih memang bagus. Jadi makcik tawakal..makcik sambung makan. Jadik balik macam aritu..tapi tak teruk sangat. Jadi makcik teruskan aje makan Garlic Complex tu. Kali ni makcik cuma sakit kepala dan rasa macam nak muntah aje. Gatal telinga dah kurang. Lega jugak la gatal telinga dah kurang. Makcik memang doa sangat-sangat gatal telinga kurang.

Lepas nak masuk 3 minggu gitu makcik dah tak sakit kepala, muntah ke ape ke tak dah. Elok aje macam biasa. Alhamdulillah, gatal telinga dah takde. Sakit2 kanan pinggang makcik yang selalu angin dulu ni pun dah takde. Kalau dulu selalu sakit kening dengan pelipis ni bila bangun pagi..sekarang tak dah.."

Alhamdulillah.. itu aje yang Mira dapat katakan bila customer sihat. Yang Mira nak sangat adalah customer Mira sihat. Sape tak happy woi.. 😄😄

Tapi tipulah kalau Mira kate tak seram bulu roma bila makcik tu call nak marah Mira. Risau.. doa sangat2 supaya dia terus makan Garlic Complex tu dan Allah sembuhkan dia.

Syukur.. Allah terima nak sembuhkan sakit dia. Ni bebaru ni makcik tu order lagi Garlic Complex. Alhamdulillah..alhamdulillah..

So.. gitew la cerita seram Mira tu kikiki..

Ni cerita happy plak.. sesape nak Garlic Complex.. bule whatsaap Mira ye.. 😄😄

Tq.
#ShakleeEffect
#learnAndShare

Mira
019-282 1775

Sunday 16 October 2016

Menyusu anak mesti cekal hati

Ingat tak Entry blog Mira pasal "apa peranan ayah bila ibu menyusu bayinya.."

Alhamdulillah.. anak Mira dah 8 bulan dan In sha Allah on-going dengan susu ibu (sendiri) dan jugak supplement dr ibu susuan sehingga lah Allah takdirkan tiada lagi susu ibu. Hanya Allah taala yang dapat balas kebaikan dan kesungguhan ibu susuan anak Mira ni.

Sementara tu, walaupun mira secara semulajadi tak dapat nak hasilkan susu yg cukup untuk baby Mira.. Mira tetap pam, sentiasa stimulate supaya dapat hslkan susu. Walaupun kdg2 pam hanya dapat 0.5oz sehari. Tak ape.. sentiasa doa dan usaha. Yang penting kita tekad untuk anak kita dapatkan susu ibu sehingga 2 tahun in shaa Allah.

Tak nafikan, kadang2 rasa malas nak pam sebab hasilnya sikit sgt. Tapi kalau sehari tak pam esok susu takde langsung. Dan satu lagi, Mira sentiasa percaya, susu ibu ni, walau hanya sesudu jauh lebih baik daripada 10 gelas besar susu formula. Jadi baby akan dapat kebaikan susu ibu jugak walaupun sikit.

So.. to all mothers yang rasa tak boleh menyusu.. ada masalah insufficient breast grandular tissue.. terus dapatkan bantuan pakar lactasi yang terdekat. Kalau mira, dah dptkan khidmat dari Dr. Nurhaya Yaakob. Servis memang terbaik lah. Cantik dan mesra pulak orangnya 😍.

Apa pun ibu2. Jangan putus asa. Selagi anak kita nak susu badan kita.. selagi ada.. bagi aje. Jangan kisah orang nak kata apa. Yang penting kita tahu apa yg bagus untuk anak kita.

Jia You!!! Gambatte.. Usaha dan terus usaha ye..hihi.. 💪🏼💪🏼💪🏼💪

Thursday 13 October 2016

Omega Guard Shaklee

Bila waktu pagi dlm kesibukan..tak sempat nk post kt fb.. tpksa la ku godek2 fb yg dah terkebawah utk reposting.. supaya org ingt jugak produk shaklee ni..dan org yg post tu..ewah.. �

Ni nak share kebaikan dan manfaat Omega Guard..

Banyak sgt kebaikan.. tak larat nk type pjang2.. ni antaranya..😃😃😃

🍄 Rawat penyakit kencing kotor.

🍄 Halang pembekuan darah yang abnormal, Mencegah penyakit saluran darah dan strok.

🍄 Membantu perkembangan otak janin dan memori.

🍄 Mencegah nyanyuk

🍄 Menurunkan tahap kolestrol dlm darah

🍄 Mengurangkan risiko myocardial infraction dan penyakit jantung.

🍄mencegah migrain

🍄 Bantu kurangkan alahan kulit (allergic)

🍄Mencegah lelah dan hepatitis

🍄Cegah sakit buah pinggang

🍄 cegah kanser paru2, payudara, prostat, kolon

🍄dapat merangsang keaihatan hati selepas pembedahan.

🍄 bantu pankreas berfungsi dgn lebih effective.

🍄 Bantu pembentukan rawan bagi sakit bahagian sendi

🍄 Bantu mengurangkan sakit Gout

🍄 Bantu mengurangkan rasa sengal dan elok di ambil bersama Ostematrix.

🍄 Jika diambil bersama GLA, dapat menstabilkan hormon.

Ha.. kan dah janji post ni tak panjang 😂😂

Ok kalau nk Omega Guard ni harga promo sepanjang Oktober aje tau..
Call MIRA untuk order..
Free consultation tau..

Shaklee Independent Distributor

Mira
019-282 1775

#shakleeEffect
#tsunamiShaklee2IsComing

B-Complex & Rooibos Tea

Woooowwww...!!

Being a full time house wife and taking care of super duper active toddlers who refuse to nap are even more challenging than being a safety officer !! 😵

Huh..huh..huh.. macam berlari pecut 100 meter darab 10 kali..

I need my B-Complex and rooibos tea 🍵

Lepas ambik B-Complex..  habis secawan rooibos tea panas.. rasa lega sikit.

Ada ape dengan B-Complex nih?? Jom kita tinjau.. macamana B-Complex boleh tenangkan dan mengurangkan Stress.

-Mother Of Four-

Post yang lepas cerita pasal rooibos tea kan..
Nanti saya share apa kebaikan Shaklee B-Complex pulak.

-selamat malam-

Tips Mudah - Suami Isteri Bahagia

Secara logik kalau kita buat 10 benda ni, in shaa Allah pasangan akan sayang dengan kita, rindu kita, hari-hari tak sabar nak jumpa kita..yeay!


  • Mulakan hari dengan senyuman. Barulah kita ada semangat dan happy. Bila kita happy, pasangan kita pun happy. Jangan masam-masam muka time nak pergi kerja tu. Kesian pasangan kita. Dah la tido asing-asing semalam sebab buat kerja side income tak habis-habis. bangun pagi pulak muka monyok. Ish..kang rezeki tak masuk tau.

  • Bila dah balik dari kerja, teruslah pulang ke rumah jumpa dengan dia dulu. Sampai aje tumah, cari dia dulu. Lepas bagi salam, terus panggil-panggil nama dia dengan mesra. Kalau lah dia tengah merajuk waktu tu..sure cair..hehe.

  • Kalau dah lama tak bagi hadiah tu, pandai-pandai lah bagi hadiah kat dia..tengok reaksi dia..mesti dia seronok kan.

  • Biasakan dan jadikan motivasi diri untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali sehari. tak kira lah kat mana kita pada waktu tu. tak payah lama-lama pun..dalam 2 minit gitu dah.. mesti dia paham kita bz kan. tapi dia akan appreciate sangat sebab dalam kesibukan kita, kita tetap ingat kat dia. Kalau tak sempat nak call pun, at least message dia. So tak de lah dia kesepian kasih sayang pasangan waktu itu.

  • Bila cuaca sejuk ke, nyaman ke..rapat-rapatkan diri dengan dia..kalau dia tak mulakan takpe, jom kita yang mulakan.

  • Kalau boleh selepas setiap waktu solat kita peluk dia. Tak kiralah peluk macamana. peluk depan-depan ke, dari belakang ke, atau peluk pegang bahu. tapi kalau tak sempat nak peluk 5 kali sehari semalam tu, tak pe peluk time ade lah..tapi peluk lah lama-lama sikit..baru lah dua-dua hilang stress..hihi..eh, betul ni tau!

  • Kalau dia balik kerja, cuba tanya keadaan dia haritu.."nampak macam penat hari ni..banyak kerja kah sayang?" haa..mesti dia rasa terharu, sebab kita perasan perubahan dirinya.

  • Tolonglah pasangan kita dalam buat kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak. Kadang-kadang kita kena jugak fikir, dulu sewaktu baru kahwin dengan dia..kita nak tolong dia buat macam-macam dan beraktiviti bersama. jadi selepas beberapa tahun kahwin ni..kalau malas-malas, cubalah recall balik memori indah awal perkahwinan dulu.

  • Offer diri untuk urut atau picit-picit manja pasangan sewaktu tengah rehat-rehat. Pasangan akan rasa lega dan bertuah mendapat anda sebagai psangan hidupnya..

  • Jujur dengan pasangan. Sebab kalau sekali pasangan kita tak jujur dengan kita biar pun perihal kecil, tentunya pasangan dah rasa kurang percaya apabila kita bercakap sesuatu.



In shaa Allah, kekal lama perkahwinan sehingga akhir hayat..
Ameen.


Tuesday 11 October 2016

Banyaknya Kelebihan Bawang Putih Yang Kita Tak Tahu

Kata tok.. Bawang putih tu banyak sangat khasiat.. Amalkan makan bawang putih sekurang-kurangnya 1 labu sehari. Kalau boleh makan mentah-mentah. Kalau tak boleh, bakar setiap ulas dengan kulit-kulitnya sekali lepastu kunyah. Atau kalau boleh stim bawang putih tu biar lembut dan kunyah. Kalau tak boleh jugak, banyakkan bawang putih dalam masakan seharian. Tapi jangan masak lama-lama sangat..nanti khasiat bawang putih tu hilang pulak.





Huih..banyaknya kene makan. Selabu bawang putih sehari..


Bawang putih memang telah digunakan dari zaman dahulu kala, nenek moyang kita untuk mengubati pelbagai penyakit. Cuma kita yang sekarang ni tak berapa tahu bagaimana bawang putih ni menjadi ‘ubat’ yang paling ohsem untuk rawat pelbagai penyakit.

Bawang putih ni sedap baunya kalau tumis. Tapi kalau kita makan mentah-mentah gituw aje.. ergg..tak leh nak telan. Rasanya memang kuat. Kalau dah minum air segelas pun masih teraa di tekak.

Apa kelebihan bawang putih ni:-

Anti bakteria, anti virus, antifungus, anti-keradangan


Bawang putih ni bersifat anti-bakteria, antifungal dan antivirus. Ianya juga anti keradangan (anti-inflamation). Jadi kalau amalkan makan bawang putih ni selalu, memang sukar nak demam virus, batuk atau selsema. Kalau ada gatal-gatal pada kulit pun boleh cepat-cepat sapu air bawang putih tu. In shaa Allah gatal akan hilang. Tapi kalau gatal mata jangan tenyeh kat mata pulak. Nanti tak pasal sakit lain plak.


Melancarkan peredaran darah

Bahagian dalam salur darah yang tersumbat atau sempit  boleh mengakibat pelbagai mendakan atau plak pada dinding salur darah. Ini boleh menyebabkan tekanan pada saluran darah menjadi tinggi. Amalan memakan bawang putih dapat singkirkan plak-plak tu. Jadi saluran darah kembali ‘bersih’ dan tekanan darah kembali normal. Bawang putih juga mempunyai polysulphides. Bahan kimia semulajadi dalam bawang putih ini membantu membesarkan saluran darah yang sempit.


Mengelakkan strok

Akibat daripada pemakan yang kurang sihat dan kemasukan radikal-radikal bebas, otot-otot dan saluran darah dalam jantung tidak dapat bekerja secara efisyen. Ini menyebabkan saluran darah sukar mengembang apabila diperlukan. Strok boleh terjadi apabila ada saluran arteri tersumbat.



Bawang putih dapat mencairkan plak-plak dalam salur darah. Oleh itu ianya boleh mengurangkan saluran darah tersumbat dan mengurangkan risiko strok.


Merendahkan paras kolestrol

Triglycerides dan kolestrol tinggi boleh menyebabkan laluan darah terhalang. Khasiat bawang putih dapat menahan kolestrol daripada masuk ke saluran darah.



Banyak lagi khasiat bawang putih yang boleh dihuraikan seperti menjaga kebersihan wajah. Mengecilkan pori-pori dan mengurangkan wajah berminyak. Selain itu, sigat anti-keradangan membuatkan bawang putih berkhasiat merawat alergi, membantu penghasilan insulin bagi pesakit diabetis dan mengawal kadar gula dalam darah.


Melawan kanser

Yang paling hebat, sifat anti-bacteria, anti-virus, anti-fungus dan anti-keradangan bawang putih iaitu diallyl sulphide dapat mematikan proses keradangan dalam sel-sel yang terhasil secara tidak sihat, lantas mengelakkan risiko kanser, atau rawat penyakit kanser. Ini kerana sel yang rosak ini sepatutnya disingkirkan dari badan, tetapi sekiranyanya ia terus membahagi, maka ianya menjadi kanser.



Walaubagaimana pun tak ramai yang mampu nak mengunyah 1 labu bawang putih sehari disebabkan bau dan rasanya yang kuat. Jadi, bagaimana nak dapat kesemua khasiat di atas? Ada jugak yang takut nak makan banyak-banyak bawang putih ni, katanya boleh buat badan berbau.


Garlic Complex Shaklee boleh menggantikan 1 labu bawang putih tu, dengan hanya 2 tablet Garlic Complex sehari. Tablet ini senang ditelan dan tidak berbau kuat seperti bawang putih serta mempunyai khasiat rosemary dan spearmint.


Kelebihan Garlic Complex

  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • Bantu atasi masalah alergik / alahan (makanan, udara)
  • Mengurangkan ‘bloating sensation’ selepas makan makanan berat atau buah-buahan
  • Menstabilkan tekanan darah.
  • Menyingkirkan kebanyakan logam berat yang termendap dalam salur darah
  • Melindungi sel-sel darah daripada termusnah akibat daripada logam berat dalam badan.
  • Menghalang kerosakan hati akibat berlebihan makan ‘junk food’ yang banyak pewarna dan bahan kimia berbahaya.





  • Menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah
  • Mengelakkan darah beku
  • Mengahalang penyakit koronari strok
  • Anti oksidan
  • Membantu pengeluaran insulin terkawal bagi pesakit diabetis
  • Lawan bakteria yang menyebabkan sakit kerongkong, sakit perut, cirit birit, bronkitis, luka-luka dibahagian dalam dan luar badan, jangkitan telinga, jangkitan saluran air kencing



Keistimewaan Garlic Complex Shaklee berbanding Jenama Lain

  • Ianya adalah 100% organik, tiada bahan kimia, tiada pestisid
  • Pemprosesan secara semulajadi. Tanpa haba yang mboleh merosakan kebanyakan nutrien dan untuk mengekalkan pengaktifan alicin pada tahap 100%. Alicin adalah sejenis antikulat, antibakteria dan alicin bersifat penyembuh. Tidak semua produk Garlic mempunyai alicin yang aktif.



  • Mempunyai herba Rosmary dan spearmint. Rosmary mempunyai banyak fungsi antibiotik. Antaranya adalah melegakan sakit kepala, melegakan sakit otot, vericous vein dan merangsang sistem saraf. Manakala Spearmint berfungsi sebagai penyahbau bawang putih yang kurang digemari. Spearmint berfungsi sebagai anti-keradangan. Ianya juga bertindak seperti tonik lembut kepada masalah perut. Ianya juga efektif untuk mengelakkan kembung perut, menyeimbangkan hormon. Potasium yang tinggi dalam spearmint juga merehatkan ketegangan atau tekanan kepada salur darah yang boleh menyebabkan stress, tekanan darah tinggi, serangan jantung.
  • Dibuat menggunakan dwi-techno – supaya tiada bau bawang putih
  • 2 tablet sahaja dapat membekalkan 1000 mg sehari
  • Telah dibuat ujian klinikal dan disahkan dalam 'landmark study'

Bagi yang nak cuba Garlic Complex boleh hubungi:


Whatsapp / Call / SMS
Mira: 019-282 1775     atau
Azhar: 019-289 1775
amanahbuatku.blogspot.com

Boleh Pos ke seluruh Malaysia dan luar negara.
COD adalah di sekitar:
Banting - Jenjarum - Telok Panglima Garang - Sijangkang - Bukit Tinggi - Klang



Monday 10 October 2016

How to answer kids when they ask about Allah?

Who is Allah, Mom?

Sayang..
Allah is the Robb.
He is the Creator.
He created from nothing to something.
Not like human,
Human create something from existing.
Allah created perfectly. While human created imperfectly.


Imperfectly? Like what, mom?
Well honey, do you know factory? Do you know a car factory build and created car?
But if there is some defects to the car, the manufacturer can recall. Did you heard Allah recall is back for repair defects?

What does Allah looks like, mom?
(Don't run away from.this question, instead answer them the attributes)
Honey, Allah is beautiful, merciful, powerful, lovingly, forgiving, rich.

But, why I never seen Allah?
My love little princess, no one can see Allah. We cannot imagine how Allah looks like because we are naive. But.. we can know him by the attributes. (Show the asmaul husna)


Where is Allah to protect us, mom?
Allah is very near to us and looks at us all the time.
(Don't say "Allah is everywhere")

I pity Him, mom. He must be tired take care of all humans, at all time, right mom?

Sayang..
Remember I said, Allah is the great Creator. He is not a human being.
Allah no need food or sleep or drink.
He is powerful by its own.

(Smile)
-end-

˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚˚
PROMOSI OMEGA GUARD SEDANG BERLANGSUNG.

Call Mira for consultation.
Shaklee Indipendent Distributor (1211255)

019-282 1775
amanahbuatku.blogspot.com
FB: Mira Hamzah

Hamil?
Cuba set hamil Shaklee. Pasti ada kelainan, dan, ibu anak lebih sihat.




Menyusu? Penat, Susu sikit?
Cubalah Set Menyusu mengikut bajet anda.


Pilih set mengikut bajet anda.
Hubungi : Mira @019-2821775


Saturday 8 October 2016

BERTABAHLAH WAHAI SURI HATI SUAMI & IBU ANAK-ANAK

Perempuan, kalau dah jadi suri rumah, dia mesti teringin sangat nak buat macam ni:

Matlamat


Menjadi tunggak keluarga dalam melayani suami, anak-anak dalam konteks Islamiah.

Melayani suami yang menjadi ketua keluarga, penat lelah mencari rezeki untuk keluarga.
Isteri mithali sangat menjaga segala keperluan suami samada makan, pakai, fizikal, mental, batin.

Melayani anak-anak berdasarkan fitrah perkembangan anak-anak mengikut cara Islamiah.

Menjaga kebersihan, kekemasan dalam dan luar rumah. 

Menjaga segala keperluan isi rumah dengan baik. 

Menjadikan rumah tempat kehidupan yang harmoni.

Sentiasa menjaga kesihatan diri untuk jaga anak-anak dan suami.

Menghafal satu surah demi satu surah dalam alquran.

Mendidik anak-anak dengan quran dan as-sunnah.

Menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Skema kan..

Tapi itulah hakikatnya..

Itu lah impiannya..banyak yang boleh dihuraikan..

Itulah angan-angannya..

Tapi bagaimana realiti?

Angan-angan

Bangun pagi siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Siapkan bento makanan untuk suami tercinta, anak-anak tersayang.

Siapkan anak-anak pakai baju, sikatkan rambut dan pakaikan tudung.

Pastikan anak-anak bersih, kemas dan comel hatta nak pergi sekolah sekalipun.

Hantar suami dan anak keluar rumah. Salam, cium dan peluk suami dan anak sambil ucapkan kata-kata semangat sebelum mereka pergi.

Sementara dirumah, isteri menjadi ibu..menjaga anak-anak kecik sambil buat kerja rumah.

Semua makanan kat rumah mesti homemade. Kurang makan makanan proses dan kebanyakan makanan adalah sihat.

Memastikan vitamin dan mineral yang cukup untuk anak-anak. Ibu masak makanan untuk anak-anak kecik yang berbeza keperluan nutrisi.

Makanan ibu pun kena masak juga. Makanan semua siap tersedia sebelum ibu dan diorang lapar.

Siap makanan untuk anak-anak yang lain nanti balik dari sekolah. Anak-anak pulak picky eater.

Bila petang siap makanan petang dan makan bersama anak-anak sambil berbual tentang aktiviti anak-anak hari itu.

Anak-anak siap makan dan tolong ibu berkemas di dapur. Anak-anak bersurai ke bilik untuk buat kerja rumah dan menonton televisyen.

Ibu dah habis kemas dapur, jenguk anak yang tengah buat kerja rumah.

Bagi tunjuk ajar bila anak tak faham. Pastikan anak-anak siapkan semua kerja rumah yang cikgu bagi harini.

Bila dah petang, sama-sama kat luar buat aktiviti dengan anak-anak. Anak-anak suka melukis, cat-cat dan warna objek.

Rumah dah kemas. Dari lantai ke siling rumah, dari dalam ke luar rumah bersih dan kemas sentiasa. Semua kerja rumah selesai sebelum suami pulang. Makanan pula dah tersedia dihidang.

Suami pulang dari kerja, disalam, disambut cantik dengan baju yang cantik, dengan penuh wangi-wangian perfume, senyuman meleret di pintu.

Anak-anak pun dah mandi, berbaju tidur dan wangi. Suka si ayahnya nak cium dan peluk anak-anak.

Bila suami duduk di kerusi, offer suami makan malam. Kalau dia taknak cuma bawakan air. Jaga pemakanan suami.

Sediakan air mandi. Bila suami dah mandi..solat jemaah sama-sama dengan anak-anak. Selesai, semua duduk-duduk depan tv, sembang-sembang sambil urut bahu dan kaki suami.

Ikut amalam Rasulullah sebelum tidur, baca doa tidur, memaafkan semua orang kat dunia ni.

Semua pakat tidur on-time dan bangun on-time. Bangun pagi dengan senyuman dan ceria.


HAKIKATnya..

Bangun pagi mengantuk-ngantuk sebab berjaga malam pam susu, menyusukan anak, tukar pampers anak yang dah penuh dan buatkan susu untuk anak kecik yang lain. Badan sakit-sakit sebab tidur satu posisi aje sepanjang malam sebab anak asyik mengempeng.


Bangun 15 minit sebelum waktu subuh, cepat-cepat gosok gigi dan ambil wudhu. Selepas solat tahajud 2 rakaat, kalut-kalut siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, masukkan makanan dalam bekas untuk anak-anak dan suami bawak bekal. Tak sempat dah nak hias-hias bento.


Masuk ke bilik iron, terus iron baju dan seluar kerja suami. Cepat-cepat siapkan sebab sikecik dah nangis minta nenen. Bila siap nenenkan anak, subuh dah tinggal 30 minit lagi, bangun terus bersihkan diri, solat subuh, hanya sempat istifar, tasbih dan doa.


Sikecik abang dah bangun, mintak didukung dan peluk. Letak sekejap sikecik abang, nangis nak ikut ayah dan kakak. Hantar suami dan anak keluar. Salam, cium pipi suami dan anak-anak sebelum mereka pergi kerja / sekolah.


Sikecik abang masih didukung, dipujuk sebab nak dia berenti nangis. Dah berenti nangisnya, Alhamdulillah.. mama ambil wudhu sekali lagi, pegang al-quran nak baca.. Sikecik adik pula panjat mama, merayu-ayu nak nenen. Mama akur.


Siap nenen dah berlalu 20 minit. Bangun masukkan sikecik adik dalam buaiyan dan henjut sampai tido. Dah tido, sikecik abang merayu-rayu suruh mamanya bangun ke dapur, nak makan katenye.


Mama pun bangun, pegang tangan sikecik abang. Sambil ke dapur, sambil ketepikan basikalnya, sambil kutip-kutip barang-barang yang sikecik abang dah sepahkan kat lantai.
Terus sediakan makanan untuk sikecik abang. Niat mama, abang makan dan mama siapkan makanan untuk adik pulak. Sikecik abang taknak, nak makan atas riba mama.


Dah siap melayan sikecikabang, kalut-kalut pulak masak bubur sikecik adik. Lepas tu siap makanan untuk anak-anak yang lain nanti balik dari sekolah. Anak-anak pulak picky eater. Hadoi.. mama kene pikir nak masak apa supaya semua anak-anak makan dengan sihat.


Anak-anak balik terus rehat dengan baju sekolah beg sekolah depan tv. Mama pulak tengah mandikan sikecik abang. Keluar aje bilik, mama sakit mata tengok ruang tamu bersepah balik..mama tegur baik-baik suruh diorang pergi simpan beg dan mandi.


Mama ligan-ligan sikecik abang untuk pakaikan dia pampes dan baju. Dah siapkan sikecik abang, mama kemas balik barang-barang sepah tu. Huuh..


Suruh anak-anak makan. Diorang kate taknak lagi sebab masih kenyang.


Nak buat aktiviti dengan anak-anak, tetiba sikecik adik pulak bangun. Mama bagi makan dan mandikan. Tak dapat la nak buat aktiviti dan main dengan anak-anak.


Kemas sini, sana bersepah. Kemas bilik, ruang tamu bersepah, kemas dapur, bilik bersepah lagi. Kemas barang mainan, buku-buku kakak pulak dicapai.


Dah takde ape kat tangan..surat khabar dan tisu dikoyak. Kemas surat khabar dan tisu, bukak drawer baju, sepahkan baju, lompat atas katil dan main baling-baling selimut.


Hajat di hati nak kemas rumah sebelum suami pulang tak kesampaian. Tu baru dalam rumah. Nak kemas kat luar tak dapat la. Harap keluar sekejap sidai kain dan siram pokok tanoa anak-anak menangis nak ikut... Itu dah cukup bagus.


Sebelum suami pulang, si ibu bergegas bagi makan sikecik abang dan susukan sikecik adik. Selesai makan, mandikan anak-anak dan siapkan anak-anak wangi-wangi. Cepat-cepat kemas ruang tamu, sofa, mainan dan kertas surat khabar, buku ke tempat asal. Sapu serdak biskut yang ade kat lantai.


Takdan nak pergi mandi, suami dah balik dari kerja. Disalam, disambut, senyum kelat sebab mengah penat. Nak cantik wangi macamana dengan keadaan isterinya yang masih belum sempat mandi dan bersiap cantik untuk suami. Yang tinggal cuma muka berpeluh dan nafas yang turun naik sebab kalut-kalut buat kerja sambil tengok-tengokkan anak.


Jemput suami makan malam, sediakan air mandi. Sembang-sembang dengan suami sambil menyusukan anak.


Dah lewat malam..semua dah kene tidur. Tapi masing-masing belum nak tidur. Mama kena pujuk. Tak jalan..? Mama kene tinggi suara sikit...? tak jalan jugak...ooo..sebab ayahnya pun tengok tv sekali.. Suara ayahnya bergaung baru mencecet lari masuk bilik. Baca doa tidur.. tapi belum tidur. Sok..sek..sok..sek.. bersembang lagi..siap gaduh2 mama dengar dari bilik sebelah..Haisy..


So begitu lah.. hakikatnyer.. tak sama kann..angan-angan dengan realiti.

Tak pe..yang penting kene selalu usaha. Matlamat kita dalah mencari redho Allah. Kalau hidup perfect gumane pun..Allah tak redho..payah nak cakap gak.


Hehe.. ape pun Mira syukur.. seronok dapat bersama keluarga sendiri setiap masa. Ada yang hanya tengok suami 6 bulan sekali. Ada yang terpaksa berpisah dengan anak selama berbulan-bulan disebabkan faktor kerja. Ada yang terpaksa duduk diperantauan jauh dari keluarga. Kesian diorang. Kita ni, masih diberi banyak nikmat, tetapi selalu tak bersyukur. Kalau Allah tarik nikmat tu sikit... mau mengelupur jugak kan.


Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki ni setiap hari.. Ameen.



Bahaya air berbau klorin

“Eh, air dah ade la..Syukur. Tapi bau klorin lah...”

“Bila air ada semula, ramai yang merungut air bau klorin..”

Ok. Kenapa entry kali ni pasal klorin dalam air? Kan baru-baru ni banyak kawasan di daerah Kuala Langat yang takde air..disebabkan adalah masalah di Empangan Semenyih, menyebabkan air terpaksa dirawat hampir keseluruhan di kawasan Kuala Langat, 99.7 % di daerah Sepang, 93% di daerah Hulu Langat diikuti Petaling iaitu 89% pemulihan. Ni pun dah start balik catuan air. 2 hari ade, 2 hari takde air. So kene kumpul air dan jimatkan air waktu ni.

Waktu ni ramai lah yang yang betul-betul hargai air, sebab bila masa takde air, susahlah nak buat kerja-kerja rumah, mandi, membasuh dan memasak. Kalau sekolah takde air, memang susahlah pelajar nak membuang air, mengambil wudhu’, membasuh tangan sebelum makan dan sebagainya. Air dan elektrik ni dah sangat related dengan kita. Kalau tak ade salah satunya memang pening kepala. Tapi kalau tak ada air lagi pening kepala dari takde elektrik.

Apa pun Tahniah staf-staf Syabas yang bertungkus lumus buat kerja-kerja pemulihan.
Tapi masalahnya, ramai yang ‘berbunyi’ “eh, air berbau lah”. “Bau klorin kuat lah”.. hai..macam-macam. Bila takde air merungut..bila ada air pun merungut.

Selalu STRESS ke?? Kesian..
Cuba set ini.. In shaa Allah hilang stress.


Hehe. Sebenarnya rungutan tentang air berbau klorin tu perlu diambil berat. MESTI !!.

Kenapa air mesti dimasukkan klorin?

Air terawat memang akan dimasukkan klorin. Ini untuk tujuan mematikan semua patogen dalam air yang boleh membawa penyakit. Selain tu, klorin juga berfungsi untuk menjernihkan air. Semakin keruh air, jadi semakin banyak klorin yang dimasukkan. Tapi walaubagaimana pun Syabas dah sahkan yang tahap klorin masih lagi di tahap selamat untuk kegunaan isi rumah.

Selamatkah kalau klorin masih ada dalam air?

Ok. Nak kata selamat atau tak..itu adalah subjektif. Mengikut WHO dan Garis Panduan Air Minuman Kebangsaaan (National Standard Drinking Water Quality), klorin memang selamat diambil selagi berada dalam paras yang tidak membahayakan manusia. Tapi kita tahu tak, pendedahan klorin yang tinggi (walaupun berada pada tahap maksimum iaitu dalam range ‘safe’ boleh mendatangkan bahaya pada organ-organ manusia.



Iklan sekejap...

(Kalaulah kita boleh dengar, macamana organ-organ kita bercakap antara satu sama lain. Komunikasi diorang ni bukan sahaja dalam aspek bekerja dalam satu sistem, contohnya Sistem pencernaan, sistem perkumuhan, sistem koordinasi dan tulang, sistem peredaran darah, sistem imunisasi, dan sebagainya.

Organ-organ ni, sel-sel, enzim, bakteria baik, interferon dan semua dalam sistem badan ini tidak pernah cuti bekerja secara intrasistem dan intersistem, tapi jugak terpaksa bekerja lebih keras apabila mereka ini menderita kesakitan. Nampak tak? Kalau kita sakit, kita boleh ambil cuti sakit atau MC, tapi kalau badan kita sakit dan kita masih buat-buat tak sakit...maka tiada ‘MC’ untuk kesemua sistem dalam badan kita. Mereka terpaksa bekerja dengan lebih kuat lagi sedangkan mereka tengah lemah... Mereka diberi lebih banyak tugasan yang susah-susah iaitu meneutralkan toksik yang masuk dan keluar dari badan dengan selamat. Whuaa.. banyak nya kerja badan kita. Tapi kita? Tak kesian ke dengan badan kita?

Kalau kita diizinkan Allah, untuk dengar rintihan kesakitan sel-sel organ yang terkena toksik klorin atau segala macam dadah ubatan, dadah nikotin, perasa makanan, pengawet makanan dan sebagainya lah..hah, macam mana agaknya reaksi kita. Kalau masih lagi selamberrrr ajer menyakitkan diorang..wallahualam) Kita sebenarnya meracuni diri kita sendiri. Senang cerita ayat Allah... “sedangkan aku tergolong dalam orang-orang yang menzalimi diri sendiri”).

Maaf..saya memang macam ni. Saya cuba empati setiap apa yang ada pada diri saya. Lecturer saya kata.. sesiapa yang belajar pasal Ethics of Environmental Toxicology, normal kalau dia fikir macam ni. Tapi dia tak normal kalau dia tak fikir macam ni.



Ok..back to topic. Sebenarnya..Klorin yang dikatakan berada dalam paras selamat untuk kegunaan kita itu lah pembunuh senyap. “Eh, tak lah...kan ke pihak atasan dah kate selamat..selamat lah! Kepoci betullah !!!”


Kenapa klorin menjadi pembunuh ‘selamat’ atau pembunuh senyap? Come closer..Let us take a look.


Klorin bersifat mengakis, beracun, dan gasnya boleh menyebabkan sesak nafas atau lemas. Sememangnya klorin digunakan untuk membunuh bakteria dan patogen lain di dalam air. Tetapi klorin juga boleh bergabung dengan bahan organik dalam air seterusnya menjadikan air tersebut bersifat karsinogenik. Residu klorin tidak berhenti disitu sahaja. Apabila ia masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan merosakkan bakteria baik dan sel-sel sihat. Bila sel sihat dah jatuh sakit, ini boleh melemahkan sistem imunisasi badan sehingga tubuh badan mudah mendapat penyakit. Faham tak?



Tapi, sekiranya klorin merbahaya, kenapa ianya diluluskan untuk digunakan dalam perawatan air? Ini kerana klorin lebih efektif dalam membunuh patogen dan ianya lebih murah berbanding kaedah lain. Jadi ianya diterima pakai oleh WHO, dan langsung terus diterima pakai di kebanyakan negara.

Residual Chlorine atau Klorin residual (klorin yang masih bebas, yang tak bergabung dengan komponen lain) mestilah di paras maksimum sehingga 0.2 – 5.0 mg/L (National Standard for Drinking Water Quality, NSDWQ). Manakala Quality Assurence Program (QAP) pula menyarankan maksimum sehingga 2.3 mg/L sahaja. Lebih dari itu dikira tak selamat.




Terlebih paras klorin dalam air boleh menyebabkan mudarat kepada pengguna. Mestilah pihak Syabas dan KKM tak nak jika berlaku keracunan air kepada pengguna. Bahaya dan boleh menjadi satu wabak pulak.
Kajian membuktikan sesiapa yang selalu minum air yang mengandungi residu klorin mempunyai risiko menghidapi kanser pundi kencing, kanser dubur (American Journal of Public Health, 1992) dan kanser kolon atau usus (Health Freedom News, January/February 1987).

Setiap hari kita akan banyak menggunakan air. Minum, masak, membasuh, mandi. Air yang mempunyai bahan kimia boleh memasuki dengan 3 cara paling mudah iaitu:



Absorption (Penyerapan)
Bila kita mandi, atau membasuh pinggan mangkuk atau apa sahaja aktiviti yang membolehkan air terkena pada kulit, boleh menyebabkan klorin yang larut air terserap melalui kulit.


Ingestion (Makan atau minum)
Bila kita masak air berklorin ni, klorin takkan hilang, malah akan menjadi bentuk bahan kimia yang lebih membahayakan tubuh. Begitu juga heavy metals (logam berat), walaupun kita masak berkali-kali, bahan kimia atau logam berat ini memang tidak mudah terurai dan bebas dari air tersebut.


Inhalation (Hidu)
Klorin yang terlalu banyak akan boleh dibau..walaupun di dalam air. Ini kerana klorin bersifat gas, yang akan terpeluwap keluar dari air dan menjadi gas. Klorin yang disedut juga akan membahayakan kesihatan. Pendedahan kepada bau atau gas klorin yang keterlaluan atau selalu (setiap hari) boleh menyebabkan penyakit peparu dalam jangka masa yang panjang.



Penyakit berkaitan pendedahan dengan klorin
Antara penyakit-penyakit akbibat daripada klorin adalah:
Kanser peparu
Kanser trakea (saluran pernafasan)
Kanser kolon (usus)
Kanser pundi kencing
Kanser rektal (dubur)
Kanser kulit


Jika kita sememangnya terdedah kepada klorin, apa yang harus kita buat untuk menyingkirkan atau mengurangkan tahap klorin dalam badan?


  • Pasang penapis air yang boleh menapis sisa logam berat dan klorin sepenuhnya. Ada pelbagai penapis air di pasaran. Ada yang boleh menapis sisa logam berat sahaja, tetapi bukan residu klorin. Jadi, jika nak cari penapis air, perlu mendapatkan konsultansi dan ilmu terlebih dahulu.

Water Pitcher Shaklee adalah Penapis air Shaklee yang boleh menapis
segala kotoran fizikal, logam berat dan juga klorin.
Boleh dibawa kemana-mana. Mudah bagi yang suka travel.
Selamat dan mudah untuk digunakan,
Penapis boleh ditukar. Satu penapis boleh digunakan sehingga 600 kali tapisan. 


  • Jika tiada penapis air yang boleh menapis logam berat dan klorin, minum dan mandi air bersih seperti air mineral dan minum dengan banyak sehingga seminggu. Ini adalah untuk membuang atau ‘flush’ residue klorin tersebut melalui perkumuhan. Sekiranya perlu minum air mineral ini sehingga 40 hari.


Cara DETOX Shaklee.. jom kita start detox. Hasilnya..badan nyah toksin..
Badan jadi kurus. Tak percaya?? Whatsapp Mira - 019-282 1775
  • Seeloknya mulakan program detox. Boleh menggunakan air hirisan lemon (bersama kulit lemon) untuk menyah-toksik klorin dari badan.

Antara Set detox Shaklee.
Untuk konsultansi set bajet anda, Whatsapp MIRA 019-282 1775


Perlu kita tahu kepentingan detox ni. Selain hati, buah pinggang adalah organ yang paling efektif melepaskan toksin yang larut air. Tetapi tidak dapat melepaskan toksin larut lemak. Jadi, toksin itu akan kekal duduk dalam sel-sel lemak. Untuk tidak menjejaskan organ-organ badan yang lain, sel-sel lemak akan terus ‘menyerap segala toksin-larut lemak itu. Apabila setiap hari kita terdedah dengan pelbagai bahan kimia berbahaya dan klorin, maka bertambahlah dari sehari ke sehari sel-sel lemak itu menjadi lebih besar dari sebelumnya. Ini menyebabkan kita rasa kurang bermaya, cepat letih dan asyik nak berbaring walaupun tidak mahu tidur. Metabolisma badan akan semakin rendah sehingga badan mencapai tahap obesiti.


  • Boleh juga makan supplement yang berfungsi untuk detox hati. Kerana residue klorin mungkin boleh dinyahkan di organ-organ lain tetapi akhirnya di’tapis’ di organ hati. Jadi detox hati adalah langkah terbaik. Atau...kalau nak mudah, mulakan program detox dengan set detox Shaklee ni.


Antara supplement utama dalam program DETOX

  • Mulakan bersenam sedikit demi sedikit. Kalau boleh gunakan teknik bersenam yang boleh pecahkan lemak dulu. Contohnya senaman pecah lemah di perut, di peha. Kalau Mira, memang suka teknik Kevin Zahri atau Full Body Tabata’.
  • Tabata ni senang aje.. 4 minit aje sehari. haa..jangan nak bagi alasan takde 10 minit untuk bersenam.. tabata ni 4 minit aje..



  • Tingkatkan imunisasi dengan pemakanan yang sihat. Banyakkan minum air suam berbanding air sejuk-ais. Ini kerana pada waktu ini badan kita banyak toksin yang melemahkan dan menggunakan banyak tenaga. Jadi kita tidak nak badan kita menggunakan lebih banyak tenaga untuk dijadikan haba untuk ‘memanas’ kan air yang sejuk untuk tujuan pemprosesan dan pembersihan dalam tubuh. Faham tak nih..hehe.



Yang paling utama. Ini jangan tinggal dalam setiap amalan dan usaha kita untuk menyahkan klorin dari badan:

  • Banyakkan berdoa dan zikir. Tawakkal kepada Allah untuk Allah jauhkan kita daripada penyakit-penyakit  berbahaya.



-End-