Saturday 8 October 2016

BERTABAHLAH WAHAI SURI HATI SUAMI & IBU ANAK-ANAK

Perempuan, kalau dah jadi suri rumah, dia mesti teringin sangat nak buat macam ni:

Matlamat


Menjadi tunggak keluarga dalam melayani suami, anak-anak dalam konteks Islamiah.

Melayani suami yang menjadi ketua keluarga, penat lelah mencari rezeki untuk keluarga.
Isteri mithali sangat menjaga segala keperluan suami samada makan, pakai, fizikal, mental, batin.

Melayani anak-anak berdasarkan fitrah perkembangan anak-anak mengikut cara Islamiah.

Menjaga kebersihan, kekemasan dalam dan luar rumah. 

Menjaga segala keperluan isi rumah dengan baik. 

Menjadikan rumah tempat kehidupan yang harmoni.

Sentiasa menjaga kesihatan diri untuk jaga anak-anak dan suami.

Menghafal satu surah demi satu surah dalam alquran.

Mendidik anak-anak dengan quran dan as-sunnah.

Menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.

Skema kan..

Tapi itulah hakikatnya..

Itu lah impiannya..banyak yang boleh dihuraikan..

Itulah angan-angannya..

Tapi bagaimana realiti?

Angan-angan

Bangun pagi siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Siapkan bento makanan untuk suami tercinta, anak-anak tersayang.

Siapkan anak-anak pakai baju, sikatkan rambut dan pakaikan tudung.

Pastikan anak-anak bersih, kemas dan comel hatta nak pergi sekolah sekalipun.

Hantar suami dan anak keluar rumah. Salam, cium dan peluk suami dan anak sambil ucapkan kata-kata semangat sebelum mereka pergi.

Sementara dirumah, isteri menjadi ibu..menjaga anak-anak kecik sambil buat kerja rumah.

Semua makanan kat rumah mesti homemade. Kurang makan makanan proses dan kebanyakan makanan adalah sihat.

Memastikan vitamin dan mineral yang cukup untuk anak-anak. Ibu masak makanan untuk anak-anak kecik yang berbeza keperluan nutrisi.

Makanan ibu pun kena masak juga. Makanan semua siap tersedia sebelum ibu dan diorang lapar.

Siap makanan untuk anak-anak yang lain nanti balik dari sekolah. Anak-anak pulak picky eater.

Bila petang siap makanan petang dan makan bersama anak-anak sambil berbual tentang aktiviti anak-anak hari itu.

Anak-anak siap makan dan tolong ibu berkemas di dapur. Anak-anak bersurai ke bilik untuk buat kerja rumah dan menonton televisyen.

Ibu dah habis kemas dapur, jenguk anak yang tengah buat kerja rumah.

Bagi tunjuk ajar bila anak tak faham. Pastikan anak-anak siapkan semua kerja rumah yang cikgu bagi harini.

Bila dah petang, sama-sama kat luar buat aktiviti dengan anak-anak. Anak-anak suka melukis, cat-cat dan warna objek.

Rumah dah kemas. Dari lantai ke siling rumah, dari dalam ke luar rumah bersih dan kemas sentiasa. Semua kerja rumah selesai sebelum suami pulang. Makanan pula dah tersedia dihidang.

Suami pulang dari kerja, disalam, disambut cantik dengan baju yang cantik, dengan penuh wangi-wangian perfume, senyuman meleret di pintu.

Anak-anak pun dah mandi, berbaju tidur dan wangi. Suka si ayahnya nak cium dan peluk anak-anak.

Bila suami duduk di kerusi, offer suami makan malam. Kalau dia taknak cuma bawakan air. Jaga pemakanan suami.

Sediakan air mandi. Bila suami dah mandi..solat jemaah sama-sama dengan anak-anak. Selesai, semua duduk-duduk depan tv, sembang-sembang sambil urut bahu dan kaki suami.

Ikut amalam Rasulullah sebelum tidur, baca doa tidur, memaafkan semua orang kat dunia ni.

Semua pakat tidur on-time dan bangun on-time. Bangun pagi dengan senyuman dan ceria.


HAKIKATnya..

Bangun pagi mengantuk-ngantuk sebab berjaga malam pam susu, menyusukan anak, tukar pampers anak yang dah penuh dan buatkan susu untuk anak kecik yang lain. Badan sakit-sakit sebab tidur satu posisi aje sepanjang malam sebab anak asyik mengempeng.


Bangun 15 minit sebelum waktu subuh, cepat-cepat gosok gigi dan ambil wudhu. Selepas solat tahajud 2 rakaat, kalut-kalut siapkan sarapan untuk suami dan anak-anak, masukkan makanan dalam bekas untuk anak-anak dan suami bawak bekal. Tak sempat dah nak hias-hias bento.


Masuk ke bilik iron, terus iron baju dan seluar kerja suami. Cepat-cepat siapkan sebab sikecik dah nangis minta nenen. Bila siap nenenkan anak, subuh dah tinggal 30 minit lagi, bangun terus bersihkan diri, solat subuh, hanya sempat istifar, tasbih dan doa.


Sikecik abang dah bangun, mintak didukung dan peluk. Letak sekejap sikecik abang, nangis nak ikut ayah dan kakak. Hantar suami dan anak keluar. Salam, cium pipi suami dan anak-anak sebelum mereka pergi kerja / sekolah.


Sikecik abang masih didukung, dipujuk sebab nak dia berenti nangis. Dah berenti nangisnya, Alhamdulillah.. mama ambil wudhu sekali lagi, pegang al-quran nak baca.. Sikecik adik pula panjat mama, merayu-ayu nak nenen. Mama akur.


Siap nenen dah berlalu 20 minit. Bangun masukkan sikecik adik dalam buaiyan dan henjut sampai tido. Dah tido, sikecik abang merayu-rayu suruh mamanya bangun ke dapur, nak makan katenye.


Mama pun bangun, pegang tangan sikecik abang. Sambil ke dapur, sambil ketepikan basikalnya, sambil kutip-kutip barang-barang yang sikecik abang dah sepahkan kat lantai.
Terus sediakan makanan untuk sikecik abang. Niat mama, abang makan dan mama siapkan makanan untuk adik pulak. Sikecik abang taknak, nak makan atas riba mama.


Dah siap melayan sikecikabang, kalut-kalut pulak masak bubur sikecik adik. Lepas tu siap makanan untuk anak-anak yang lain nanti balik dari sekolah. Anak-anak pulak picky eater. Hadoi.. mama kene pikir nak masak apa supaya semua anak-anak makan dengan sihat.


Anak-anak balik terus rehat dengan baju sekolah beg sekolah depan tv. Mama pulak tengah mandikan sikecik abang. Keluar aje bilik, mama sakit mata tengok ruang tamu bersepah balik..mama tegur baik-baik suruh diorang pergi simpan beg dan mandi.


Mama ligan-ligan sikecik abang untuk pakaikan dia pampes dan baju. Dah siapkan sikecik abang, mama kemas balik barang-barang sepah tu. Huuh..


Suruh anak-anak makan. Diorang kate taknak lagi sebab masih kenyang.


Nak buat aktiviti dengan anak-anak, tetiba sikecik adik pulak bangun. Mama bagi makan dan mandikan. Tak dapat la nak buat aktiviti dan main dengan anak-anak.


Kemas sini, sana bersepah. Kemas bilik, ruang tamu bersepah, kemas dapur, bilik bersepah lagi. Kemas barang mainan, buku-buku kakak pulak dicapai.


Dah takde ape kat tangan..surat khabar dan tisu dikoyak. Kemas surat khabar dan tisu, bukak drawer baju, sepahkan baju, lompat atas katil dan main baling-baling selimut.


Hajat di hati nak kemas rumah sebelum suami pulang tak kesampaian. Tu baru dalam rumah. Nak kemas kat luar tak dapat la. Harap keluar sekejap sidai kain dan siram pokok tanoa anak-anak menangis nak ikut... Itu dah cukup bagus.


Sebelum suami pulang, si ibu bergegas bagi makan sikecik abang dan susukan sikecik adik. Selesai makan, mandikan anak-anak dan siapkan anak-anak wangi-wangi. Cepat-cepat kemas ruang tamu, sofa, mainan dan kertas surat khabar, buku ke tempat asal. Sapu serdak biskut yang ade kat lantai.


Takdan nak pergi mandi, suami dah balik dari kerja. Disalam, disambut, senyum kelat sebab mengah penat. Nak cantik wangi macamana dengan keadaan isterinya yang masih belum sempat mandi dan bersiap cantik untuk suami. Yang tinggal cuma muka berpeluh dan nafas yang turun naik sebab kalut-kalut buat kerja sambil tengok-tengokkan anak.


Jemput suami makan malam, sediakan air mandi. Sembang-sembang dengan suami sambil menyusukan anak.


Dah lewat malam..semua dah kene tidur. Tapi masing-masing belum nak tidur. Mama kena pujuk. Tak jalan..? Mama kene tinggi suara sikit...? tak jalan jugak...ooo..sebab ayahnya pun tengok tv sekali.. Suara ayahnya bergaung baru mencecet lari masuk bilik. Baca doa tidur.. tapi belum tidur. Sok..sek..sok..sek.. bersembang lagi..siap gaduh2 mama dengar dari bilik sebelah..Haisy..


So begitu lah.. hakikatnyer.. tak sama kann..angan-angan dengan realiti.

Tak pe..yang penting kene selalu usaha. Matlamat kita dalah mencari redho Allah. Kalau hidup perfect gumane pun..Allah tak redho..payah nak cakap gak.


Hehe.. ape pun Mira syukur.. seronok dapat bersama keluarga sendiri setiap masa. Ada yang hanya tengok suami 6 bulan sekali. Ada yang terpaksa berpisah dengan anak selama berbulan-bulan disebabkan faktor kerja. Ada yang terpaksa duduk diperantauan jauh dari keluarga. Kesian diorang. Kita ni, masih diberi banyak nikmat, tetapi selalu tak bersyukur. Kalau Allah tarik nikmat tu sikit... mau mengelupur jugak kan.


Semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki ni setiap hari.. Ameen.



No comments:

Post a Comment