Saturday 8 October 2016

Istiqaroh Al-quran macam Neelofa..bagaimana??

Waktu all times favourite actress ni berhijrah memang menjadi daya tarikan buat semua peminatnya, followers dan haters Neelofa.

Macamaana Neelofa mula mendapat confirmation dari hatinya yang dia mesti berhijab? Semua tu datang apabila dia buat istiqaroh Al-Quran. Dia betul2 tanya pada Allah tentang hatinya yang berbolak balik. Dan sepantas itu jugak Allah balas kepada hambanya ini bahawa berhijab itu wajib.. melalui surah an-Nur ayat 31.


Selalunya kita dengan solat istiqaroh..iaitu solat untuk mohon petunjuk kepada Allah bila kita di dalam persimpangan jalan atau dalam dilema. Selain solat, kita amat-amat digalakkan berkawan baik dengan Al-Quran. Al-Quran yang mulia.. salah satu di dalam rukun iman. Kalau kita jarang membaca dan beriman dengan al-Quran, bagaimana kita boleh kata diri kita sebagai orang yang beriman?


Al-Quran itu penyuluh hidup. Kita sebagai orang Islam kalau betul-betul nak jadi seorang mukmin, yang beriman dan diredhai Allah...maka kita kena, mesti, wajib mengamalkan cara hidup kita berlandaskan Al-quran dan As-sunnah.


Mira bukan pandai dalam bidang ni. Masih belajar sikit-sikit. Apa yang Mira suka sangat adalah ayat dalam surah Al-Mulk.. ayat 2. Waktu tu rasa Mira mesti jadi orang yang baik..ameen. Cuba check surat dan ayat tu.


Ha..ini lah yang dinamakan istiqaroh Al-quran. Dapat kaedah ni pun sebab terdengar IKIMfm, slot Usrah Nurani tu. Jumaat tu diorang staf IKIM bawak Neelofa jadi artis undangan untuk cerita pengalaman dia berhijrah.


Neelofa kan sangat cantik dan sebelum ni dia tak bertudung. Tapi lepas bertudung pun dia masih cantik..bahkan lebih manis. So, lepas dia buat istiqaroh Quran ni dia terus dapat petunjuk dari Allah supaya dikuatkan hatinya, didorongkan fizikalnya untuk dia terus menutup aurat.


Waktu tu dia cerita tu, dia kata dia takut-takut. Dia rasa serba serbi salah...nak pakai hijab ke tidak. Bila dia call kawan-kawan ada yang kata pakai nanti tawaran berlakon terhad kepada watak bertudung aje. Ada yang kata ok ok je. Ada yang bersungguh beri galakan. Ada yang mendoakan dia kat depan kaabah pun ada..si Eja la tuh (Heliza waktu dia menunaikan umrah, neelofa telefon). 


Alhamdulillah. Dipendekkan cerita, Neelofa terus pakai tudung sejak dapat petunjuk dari Allah sebab buat Istiqaroh Al-quran tu.


Waktu dengar IKIM tu, Mira dalam kereta dengan kawan si Ijat. Memang kami dua-dua terharu dengar pengakuan Neelofa tu. Hidayah tu milik Allah. Hanya Allah yang akan bagi kepada sapa yang dia nak.


Balik dari tu..esoknya cuti kan.. banyak masa untuk solat lama-lama dan zikir. Terfikir lah nak buat Istiqaroh Quran.


Yang first Mira dapat tu memang menggentarkan jiwa. Rasa lemah segala urat sendi ni. Terasa Allah tengah tengok kita dok terlunjur kaki sambil bukak quran bertafsir tu. Terus Mira duduk elok-elok sebab baru rasa Allah dok tengok. Padahal kita tahu..tauhid kita tetap tahu yang Allah Maha Melihat, Maha Mendengar. Tapi mulut dan otak aje ingat dan sebut macam tu. Tak feel bebetul. Bila dah feel bebetul..huuuiiii terasa seram sejuk kulit tangan nih. Meremang bulu roma.


Kali ke-2 Mira buat Istiqaroh Quran, waktu Mira tengah mengandung anak ke 4. Waktu tu agak letih dan selalu sakit kaki. Duduk kat katil tergolek-golek nak ajak badan tidur. Tapi hati suruh baca Al-quran jugak. Padahal mata dah layu. Rasa malaaassss sangat nak baca Quran ni. So..Mira pun ape lagi.. doalah dengan suara yang kuat sekadar dengar kat telinga sendiri: Mira tanya Allah. "Ya Allah Ya tuhan Yang Maha Besar. Sesungguhnya Engkaulah yang menurunkan Alquran ini supaya menjadi petunjuk kepada kami umat nabi Muhammad s.a.w. Tapi kenapa harini aku malaassss sangat nak bukak, baca Alquran ini. Tolong Ya Allah...bagi aku semangat untuk rajin baca nya..”


Tau Allah jawab apa?...Allah jawab surah Taha’ ayat 2. Terus bangun terduduk rapi kaki Mira. Risau Allah nampak aurat-aurat dan tak eloknya Allah dok tengok tergolek-golek atas katil sambil pegang Al-quran bertafsir tu tapi tak bukak-bukak jugak. Hahah.. feeling dia lain macam tau.


Ok..cuba tengok kenapa Mira rasa sentap bila dapat ayat 2, surah Taha tu?


Lepas tu dan dan Mira rasa takut. Atakut dengan Allah sebab Allah marah. Sebab Allah tegur. Sedangkan Allah dah bagi macam-macam tapi masih malas baca quran..


Lepas tu tiba-tiba rasa sedih..sebab sayu hati kene marah dengan Allah. Selama ni tak rasa pulak macam ni. Mata pun terus buka balik ayat tadi..dan baca ayat ke3.


Waktu tu tiba-tiba rasa bersemangat. Sebab Allah seperti mengambil hati kita yang gundah tadi ni. Huuu...lepas tu terus bangun duduk elok-elok baca quran sampai habis satu surah tu. Hilang segala mengantuk.



Pasal Shaklee ni pun Mira ada buat jugak.. dapat surah Al-Mukminun ayat ke15. Huhu..sentap sangat.

memang Mira belum lagi share apa terkandung dalam ayat-ayat tu.. sebab Mira nak galakkan reader cari sendiri dalam tafsir apa yang terkandung dalam ayat tu. So, nanti senang lah nak try bila Quran dah dalam tangan kan..

Moga-moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment