Saturday 8 October 2016

Mana Peranan Ayah, Bila Ibu Susui Bayinya?

“Bagi susu tepung aje lah..senang sikit. Ini awak ni asyik berkepit aje. Dah tak cukup susu tu guna aje lah susu tepung yang abang beli tu. Sekarang ni awak nak menagkan susu awak tu aje sampai anak kite jatuh berat badan. Lepas tu awak tak boleh nak buat apa-apa dah..asyik melekap aje 24 jam dengan baby...”



Luahan suami yang mula-mula sangat sabar dengan program penyusuan susu ibu, akhirnya meletus juga bila bayinya dah masuk 4 bulan tapi jatuh berat badan. Susu ibu tak cukup.. Isterinya lebih banyak masa dengan bayi, kurang melayani dirinya.. itu punca nya.

Ibu..dari kau mengandungkan aku..kau telah banyak berkorban.
Aku sayang kau ibu..
Sayangilah aku dan jangan lah jemu menyusui aku wahai ibu...

Perbincangan kali ini bukan lah nak berkisar bagaiamana nak banyakkan susu ibu..tapi lebih kepada tanggungjawab ayah terhadap proses penyusuan susu ibu.


Dalam Al-Quran Al-Karim dah nyatakan supaya ibu bapa dapat memberikan susu ibu kepada anaknya sehingga anaknya berumur 2 tahun.


Kenapa 2 tahun..bukan setahun. Bukan 6 bulan aje?




Ok..ini jawapannya..susu ibu mempunyai antibodi yang sangat istimewa. Antibodi ni tak terbanding dengan susu apa sekalipun. Anak yang baru lahir wajib diberikan susu ibunya untuk dapatkan antibodi-antibodi yang hanya ada dalam susu ibu supaya ketahanan badan anak jadi lebih kuat.


Setelah 6 bulan, anak boleh atau digalakkan untuk diberikan makanan lain selain susu ibu..TETAPI..susu ibu wajib diteruskan sehinggalah dia berumur 2 tahun..kerana pada waktu ini elemen luar iaitu makanan telah masuk kedalam badannya. Kemungkinan makanan yang dimakan itu mempunyai patogen dan dia perlukan ‘back-up’ pertahanan iaitu antibodi dalam susu ibu untuk melawan segala serangan bakteria dan virus, dan memastikan kesihatan bayi itu terjamin dalam jangka masa yang panjang.


Pasal breastfeeding ni...percayalah..tak semua ibu diberikan rezeki susu badan yang melimpah hatta dah makan segala milkbooster moden dan tradisional. Dah buat segala macam tips yang orang cadangkan. Dah makan segala pil doktor bagi atau beli kat online atau farmasi untuk boost susu badan. Hatta puas pam dan mengurut tapi breast masih lagi melepek macam landasan kapal terbang.

Pelbagai variasi set menyeusu Shkalee. Pilih mengikut bajet anda.

Ada sesetengah ibu yang direzekikan susu yang banyak, dapat berauns-auns bila sekali mengepam. Ada ibu yang seikhlasnya berhempas pulas seharian untuk dapatkan setitik dua susu untuk bayinya. Ada ibu yang terpaksa campur penyusuan susu ibu dengan susu formula dan dikecam. Tak kurang jugak sebaliknya...si ibu dileteri untuk menambah susu formula dan tips-tips lain untuk mengenyangkan si bayi (i.e. orang tua-tua suruh campur kanji dalam susu, nestum sikit).


Ada juga ibu yang banyak susunya tapi ada pulak pelbagai masalah lain seperti masalah storage atau kata lain masalah penyimpanan susu ibu. Sebab tak semua orang dapat beli deep freezer. Jadi kadang-kadang ada kita dengar susu perahan terpaksa dibuang begitu saja..aduuh..sedihnya.


Ada juga si ibu yang banyak susu tapi ‘let-down’ laju sangat sampai anak tersedak susu setiap kali menyusu. Tertempuh sikit breast, terus laju turun membasah baju dan tilam. Bayi menangis kelaparan sebab asyik tersedak saja dan penat juga.
Bila ibu gembira..anak gembira mendapat susu ibu yang sedap.



Ada ibu yang pecah puting susu sebab anak hisap terlalu kuat. Ada pula ibu yang banyak susu nya tapi anak taknak pula menyusu sampai bengkak susu. Ada yang sampai demam sebab bengkak susu. Ada yang saluran sampai tersumbat..kalau terkena kain baju tu aduuhh sakit sangat-sangat, terasa seperti kulit terhiris-hiris.


Ada yang dapat mastitis atau penyakit radang saluran susu hingga susu yang dikeluarkan selalunya berdarah dan terinfeksi. Kalau bagi kat anak, ada yang kata tak apa..tapi ibu yang sakit menderita.


Macam-macam ibu tu lalui kan. Masya Allah.. betapa besarnya Allah bagi kekuatan untuk ibu menyusu nih.


Ada tips-tips yang diberi berhasil kepada si ibu, ada juga yang tak berhasil. Emosi ibu mula tak menentu sedangkan dalam penyusuan, antara perkara paling utama adalah si ibu mestilah gembira dan tenang selalu. Stress dan relax silih berganti. Hormon oksitoksin tungang-langang. Daripada tenang berakhir dengan air mata. Macam-macam isu sebenarnya Allah beri kepada ibu yang menyusu ni.


Ok..berbalik kepada tanggungjawab ayah dalam program penyusuan ni.


IT TAKES TWO TO GET A BABY !!!


Jadi..


Takkan menyusu anak kerja mak sorang-sorang aje. Memang lah ayah takde boobs besar yang mengandungi susu macam si ibu.. tapi.. takkan ayah nak lenggang-kangkung aje.


Kalau bab cari duit, ada ibu yang bekerja cari duit sama-sama juga, dalam masa tak putus menyusui anaknya.. haa...macamana pulak. Kalau ibu yang tak bekerja pun, atau suri rumah, macam lah dia tu duduk rumah goyang kaki kat rumah. Suri rumah pun bekerja dalam hal ehwal rumah dan anak-anak. Kalau tak dapur tak berasap lah..anak-anak kelaparan.. Kalau tak mengemas.. kotor dan berselerak lah rumah, rumah hilang keharmonian.


Ha..macam mana ayah-ayah sekalian??


Sekali lagi..takkan menyusu ni kerja mak sorang-sorang aje?


That is why pentingnya peranan ayah. Ada ayah yang sama-sama bekerja keras untuk memastikan anaknya mendapat susu ibu secukupnya. Ada ayah yang berusaha mencari ibu susuan bila isterinya tidak dapat menyusui anaknya. Ada jugak jenis ayah yang cepat fed up bila si ibu mengadu susu badannya makin berkurangan lantas mengambil jalan mudah memberi susu formula.
Ketengan dapat membantu pengeluaran hormon
OKSITOKSIN yang menjana susu yang banyak dan berkualiti


Ada juga jenis ayah “ayah ATM” iaitu jenis yang langsung tak ambil tahu pasal penyusuan susu ibu, atau susu formula. Yang dia tahu, bekalkan duit secukupnya untuk ibu..terpulang kepada si ibu nak beli susu formula atau nak usaha sendiri beli milk booster. Bila hal-hal penyusuan susu formula ni si ibu tak setuju..mula terdapat perselisihan suami isteri pulak. Macam-macam dugaan..macam-macam rintangan.


Anak ni adalah anugerah Allah..jadi suami isteri keralah rukun damai bila nak menyelesaikan masalah susu sikit ni.


Kalau diikutkan, sebenarnya bukan ibu aje nak kena fikir semua bab menyusu ni. Ayah pun sama..bah kan mesti lebih-lebih lagi memikirkan paal penyusuan susu ibu ni..seeloknya dari sebelum bayi dilahirkan. Ayah adalah orang yang paling penting untuk jayakan penyusuan susu ibu ni. Ayah adalah tunggak kejayaan ibu dalam menyusui anaknya. Si ayah sepatutnya ada ilmu pasal penyusuan lebih banyak dari si ibu.


Sebabnya...


Ayah adalah TUAN PUNYA SUSU. Atau kalau mudah nak faham.. Kalau dalam perniagaan, ayah adalah BOS SUSU IBU. IBU adalah pekerja SUSU IBU. Bayi adalah CLIENT SUSU IBU. Si ayah ni dikatakan tuan punya syarikat. Dan tanggungjawab ayah mesti pastikan syarikat tu berkembang baik dan berjaya dalam semua aspek. Senang nak faham? Faham ke tak ni?


Susu ibu ni memang dari ibu.. tapi AYAH MESTI MEMASTIKAN SUSU IBU TU TERSALUR KEPADA SI BAYI. Ibu hanyalah penyalur susu kepada anaknya. Ibu akan salurkan susu itu dengan berkualiti. Jadi untuk memastikan kualiti dan kuantiti susu cukup kepada bayi. HASILNYA..anak akan menjadi sihat dan terbekal dengan semua nutrient yang diperlukan sehingga dia berusia 2 tahun.


Sebab itu..logik la bila ada orang mintak seorang ibu menjadi ibu susuan.. isteri MESTI..WAJIB..mintak izin dari BOS SUSU IBU tu..iaitu suaminya.


Kesimpulan:


  • Ayah mesti ada ilmu penyusuan yang cukup
  • Ayah wajib bantu ibu dan galakkan ibu menyusui anaknya.
  • Ayah mesti memastikan segala keperluan ibu untuk menyusui anaknya ada.
  • Jangan kedekut bila si ibu nak beli breastpump, aksesori menyusu seperti bantal menyusu, bra menyusu, breast-milk booster atau dalam bahasa melayu..makanan penggalak susu ibu.
  • Ayah mestilah jadi orang paling cekal dan paling utama menggalakkan isterinya menyusu bayinya.
  • Ayah mesti menghidupkan suasana harmoni sehingga ister benar-benar gembira dan yakin untuk menyusu.
  • Ayah adalah ‘guardian’ si ibu dan si anak dalam tempoh penyusuan ni. Ayah mesti jadi ‘Pengawas’ dan elakkan anasir-anasir luar yang boleh menggagalkan penyusuan susu ibu.
  • Ayah mesti menjadi ‘consultant’ kepada si ibu dan juga orang lain yang kadang-kala suka masuk campur untuk mempengaruhi ibu menyusui anaknya dengan susu atau makanan lain selain susu ibu.
  • Yang paling penting..jika si ibu ada masalah penyusuan, ayahlah orang yang mesti paling risau (seolah-olah syarikatnya akan jatuh atau bankrup) dan mesti orang yang utama menangisi dan merayu kepada Allah setiap solat fardhu dan solat tahajud, supaya Allah berkati setiap titisan susu ibu dan perbanyakkan susu ibu.
  • Ayah mesti arif tentang zikir dan doa-doa penggalak susu ibu. Beri pada isteri dan sama-sama membacanya setiap hari sekurang-kurangnya lima kali sehari.
  • Last but not least...sekiranya pelbagai usaha dah dibuat, dan si ibu telah berusaha untuk menyusui anaknya tetapi tak berjaya jugak..maka WAJIB lah si ayah mendapatkan susu ibu dari wanita lain yang SANGGUP dan DIIZINKAN suaminya untuk menyusui bayi kita.


Senang cerita..ayah adalah pencari nafkah kepada keluarga. Jadi jika ayah tak payah beli susu untuk anak..ayah mesti pastikan susu badan ibu sampai kepada si anak. Simple kan?


Haa..bukan calang-calang tanggungjawab si ayah dalam program penyusuan ni. Sebab kalau senang-senang aje bagi anak susu formula..mana tanggungjawab ayah memastikan bayi tu dapat segala antibodi yang diperlukan. Ingat tau.. antibodi dalam susu ibu takkan pernah sama dengan mana-mana antibodi sumber lain. Allah dah buat khas untuk bayi. Human milk is for human babies.. Faham tak nih?


Bagi ayah yang dah berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu kepada bayinya..TAHNIAH !!!


Tapi..


Bagi ayah yang masih dibuai mimpi indah..Lihat mata isterimu dah lebih kurang sama macam mata panda. Masih nak tidurkah lagi wahai AYAH?!! Allahu..



2 comments:

  1. info yg sangt berguna... terima kasih admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Kita mudahkan urusan orang lain. ALLAH mudahkan urusan kita in shaa Allah

      Delete