Wednesday 9 November 2016

Basuh telur.. telur ayam kampung

Time membasuh telur2 ayam kampung ni sebelum masuk dalam fridge. Memang Mira suka basuh telur sebelum masuk dalam fridge. Sebab geli pulak simpan telur yang masih ada najis sikit2 sekali dengan barang makanan dalam fridge🙊

Telur ni Mira bawak balik dari kampung. Jengok mama yang tak berapa sihat. Bila balik mama bekalkan telur ayam kampung. Jimat sikit katanya..

Aduhailah mama.. sakit2 pun, ingat jugak nak bekalkan sesuatu untuk anak..baiknya hati mama😢

Satu lagi dia memang tau Mira suke wat resepi telur..kehkeh 😄

"Ni teloq ayam kampung ni kena makan cepat- cepat. Tak bleh simpan lama2. pasai dia takdak pengawet.. cepat rosak"..mama pesan.

Cuba tengok telur2 ni. Kulitnya nipis berbanding telur ayam biasa. Telur kuningnya pun lebih kuning, besar dan lebih tebal dari telur biasa. Kalau kita goreng telur mata kerbau.. telur kuning rasa lebih tebal. Itu lah natural nye..

Zaman harga barang naik ni.. rasa macam nak bela ayam kampung pulak, habuan telur pun jadik la.... mampukah daku membelanya..

Rindu mama papa.. 😢

Nak beli Shaklee..jom!
Meh pm Mira

MIRA
019-2821775

No comments:

Post a Comment