Saturday 5 November 2016

Hobi setiap orang.. janji gembirakan hati..

Dalam hidup ni kalau kita tertumpu pada kerja semata-mata kita akan jadi orang yang sangat serius. Tak? Mungkin. Sebab kita hanya berfikir tentang kerja.. tanggungjawab.. kita takde masa nak fikirkan tentang kesukaan kita sendiri.

Apa yang kita suka itulah yang akan sentiasa suntik semangat kita untuk berjaya. Sebab tu ramai yang ada hobi. Ada yang suka memancing, suka kumpul majalah, suka menjahit, suka menyulam, suka gardening, baking, traveling.. banyak lagi. So hidup jadi ceria berwarna warni.

Mira ada hobi.. mira suka menjahit. Tapi mira tak pandai menjahit pun. Sekadar jahit sarung tilam, sarung bantal, runner table, bedung bayi, barut bayi, pemegang periuk dan pengalas kaki. Langsir pun mira suka jahit.

Tapi sejak dua menjak ni.. mesin jahit lurus dan jahit tepi mira jadi tukun..hehe. sebab ada dua anak kecik yabg tak benarkan mira menjahit haha..alasan kan. Betul.. mira kalau menjahit, habis bersepah satu lantai bilik tu. Kalau tengah jahit, memang tak bleh pause orang kacau.. nanti ada lah salah silapnya.. kene bukak balik..huih tak nyabor lah sangat si Mira tu..hikhik.

So sekarang ni mira suke sangat berhobi bercerita dengan anak2 pasal sains dalam badan.

Mira buat setiap organ badan ni macam 'orang'. Mira reka cerita kalau buah pinggang menangis2 kalau anak mira minum air gas dan makan jajan yang tak berkhasiat..

Mira ceritakan bagaimana perut sentiasa setia menunggu makanan masuk kepadanya dan dia sentiasa berusaha mencerna segala makanan tu, walaupun makanan tu menyakitkan dia.

Mira ceritakan jugak bagaimana bila minum berdiri..segala otot dalam perut menjadi stress dan sakit seolah dihentam air terjun ya g sangat kuat mencurah jatuh ke dalam perut dan perut lebam2 sakit.

Anak2 mira memang asyik dengar cerita mira ni..

Hehe.. sekarang ni mira suka selitkan kebaikan nutrien makanan dan supplement yang dapat membantu setiap organ dalam badan.. dan organ2 ni, mereka sangat happy walaupun hari2 mereka buat kerja dalam badan kita.. seolah organ2 ni bermain air di legoland..hahah.. seronok budak2 ni dengar..

Itu lah sedikit sebanyak mira dapat kongsi keghairahan mira. Semoga anak mira dapat manfaat. Dan orang lain pun begitu..

#Shakleeeffect
#amazing10
#theshakleedifference
#hobiku